Akta Perhimpunan Aman 2012 Terbukti Berkesan - Tsu Koon

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan yang didalangi pembangkang yang diadakan di sini semalam, membuktikan Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA)dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya semua pihak bertindak dengan penuh tanggungjawab dan terkawal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata akta itu menekankan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menyediakan ruang demokratik dan memastikan perhimpunan aman bagi rakyat melaksanakan hak dan kebebasan mereka dengan bertanggungjawab.

"Tambahan pula, Najib dan BN (Barisan Nasional) yang mengambil langkah konkrit untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan memansuhkan atau membuat kajian terhadap undang-undang terhad yang lain," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Berdasarkan pengalaman Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 Koh berkata Perdana Menteri berulang kali menekankan keperluan bagi mengadakan perhimpunan aman di stadium dan tempat lain dengan syarat penganjur dan peserta juga perlu menerima syarat-syarat tertentu yang munasabah.

"Nampaknya, beberapa pemimpin pembangkang, ejen provokasi dan penghasut juga telah belajar daripada Bersih 3.0 dengan menyedari bahawa segala perbuatan provokasi di pihak mereka tidak akan terlepas daripada mata awam dan lensa video dan kamera telefon bimbit," katanya menambah bahawa semua pejuang demokrat seharusnya menerima perhimpunan aman sebagai pendekatan positif ke arah demokrasi yang lebih matang.

Kira-kira 45,000 orang terdiri daripada anggota dan penyokong parti pembangkang dan badan bukan kerajaan NGO menghadiri perhimpunan yang diadakan di Stadium Merdeka, semalam.

Perhimpunan itu berjalan secara aman dan kecekapan pasukan polis mengawal keadaan turut dipuji.

Beliau turut mengucapkan 'syabas' kepada pegawai polis dan agensi lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Penerangan, Jabatan Perpaduan yang bertugas semalam, serta peserta yang memastikan perhimpunan itu berjalan dengan aman. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan