Kerjasama Polis, DBKL Dan Merdeka Heritage Trust Jamin Kelancaran Perhimpunan

Diterbitkan: Ahad, 13 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pemilik Stadium Merdeka, Merdeka Heritage Trust menjamin kelancaran perhimpunan aman di Stadium Merdeka Sabtu.

Ia sekali gus mencerminkan sikap keterbukaan agensi kerajaan pusat dalam menghormati hak rakyat untuk bersuara mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kali ini amat bertegas kepada pihak penganjur agar mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) kerana keutamaan polis adalah menjamin ketenteraman awam dan tidak mahu insiden rusuhan berlaku seperti dalam perhimpunan Bersih 3, pada 28 April lalu.

Dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin pembangkang termasuk pengerusi penganjur dan Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu, Ismail menegaskan jenis kesalahan seperti bukan warganegara menyertai perhimpunan, menganjurkan perhimpunan di tempat larangan dan dalam jarak 50 meter dari had larangan.

Mereka juga melanggar APA jika menyertai dan menganjur protes jalanan, seseorang bawah umur 21 tahun menganjurkan perhimpunan, kanak–kanak menyertai perhimpunan (bawah 15 tahun), merekrut atau membawa kanak-kanak untuk perhimpunan.

Ismail turut menegaskan jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda antara RM10,000 dan RM20,000.

PDRM turut menyebarkan pematuhan APA kepada peserta melalui media massa, laman Twitter dan Facebook.

Manakala DBKL turut terlibat dalam mengawal selia beberapa kawasan di ibu negara bagi melicinkan perjalanan perhimpunan seperti memastikan keadaan lalu lintas terkawal.

Kesanggupan Merdeka Heritage Trust membuka pintu kepada pembangkang untuk mengadakan perhimpunan di stadiumnya turut menyelesaikan masalah tempat perhimpunan dan mengelakkan berlakunya demonstrasi jalanan dan menjauhi insiden rusuhan.

Malah pemimpin pembangkang termasuk Mohamed Sabu mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Stadium Merdeka kerana membenarkan perhimpunan diadakan di stadium berkenaan dan menghargai kerjasama DBKL.

"Tidak lupa dengan PDRM melalui perundingan demi perundingan, pertemuan demi pertemuan memberi kerjasama kepada kita," katanya ketika berucap pada Perhimpunan dihadiri 45,000 peserta perhimpunan di Stadium Merdeka, di sini Sabtu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan