Kerajaan P.Pinang Tiada Perancangan Masa Depan - Teng

Diterbitkan: Ahad, 13 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak boleh diharapkan untuk terus mentadbir negeri ini kerana tidak mempunyai perancangan untuk masa depan negeri ini, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow.

Beliau berkata perkara itu dapat dilihat apabila kerajaan negeri merancang sesuatu program pembangunan itu hanya selepas kerajaan BN mengumumkan sesuatu program atau rancangan pembangunan untuk rakyat Pulau Pinang.

"Kebelakangan ini banyak projek diumumkan kerajaan negeri susulan dari apa yang BN rancang. Bila kita rancang nak bina 20,000 unit mampu milik, mereka (kerajaan negeri) tiba-tiba umum akan bina rumah mampu milik di Jalan Sungai.

"Masa kita umum akan bina sekolah Tamil di Bagan, Butterworth baru-baru ini, mereka pun ikut tawarkan tanah untuk bina sekolah Tamil. Sama juga masa kita hendak bina jambatan kedua dahulu, mereka buat pengumuman mahu buat terowong bawah laut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Rakyat anjuran Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut di sini, Ahad.

Teng berkata perkara itu jelas membuktikan kerajaan negeri pimpinan DAP tidak boleh diharap untuk terus mentadbir Pulau Pinang kerana mereka tiada perancangan masa depan.

Beliau berkata jika kerajaan negeri mempunyai kesedaran dan ikhlas dalam membela kepentingan rakyat mereka tidak seharusnya mengambil sikap menunggu dan mengalihkan tanggungjawab kepada pihak lain.

"Kita tak perlulah dilaga-lagakan untuk buat semua itu (projek pembangunan rakyat).

"Kerajaan negeri ada unit perancang pembangunan sendiri, mereka tidak boleh terus bertindak sedemikian," katanya.

Terdahulu, Teng menyampaikan bantuan beg sekolah dan set alat tulis kepada 250 murid melibatkan tujuh sekolah kebangsaan sekitar Bayan Lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan