Kerajaan Peruntuk RM498 Juta Bagi Bantuan Persekolahan RM100 - Berita Semasa | mStar

Kerajaan Peruntuk RM498 Juta Bagi Bantuan Persekolahan RM100

Diterbitkan: Ahad, 13 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Kerajaan memperuntukkan RM498 juta sebagai bantuan persekolahan RM100 seorang kepada 4.98 juta pelajar di seluruh negara tahun ini yang akan disalurkan bermula 15 Januari ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata kos berkenaan tidak termasuk peruntukan bantuan persekolahan bagi pelajar sekolah swasta dan sekolah agama rakyat.

"Bantuan itu akan mula diagihkan pada 15 Jan ini dan dijangka selesai pada Feb depan. Kerajaan sebenarnya menyediakan peruntukan RM540 juta bagi bantuan persekolahan tahun ini tetapi kita masih belum menerima data jumlah sebenar pelajar sekolah swasta dan sekolah agama rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama penduduk, di Parit Gantung, di sini, Ahad.

Bantuan persekolahan RM100 itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013.

Ini adalah kali kedua pembayaran tersebut dilakukan yang meliputi semua pelajar sekolah rendah dan menengah tanpa mengira pendapatan keluarga. Sementara itu, Mohd Puad berkata Kementerian Pelajaran membelanjakan RM3.8 bilion tahun lepas untuk pelbagai subsidi dan bantuan kepada pelajar di seluruh negara.

Jumlah itu, katanya, membabitkan perbelanjaan bagi biasiswa pendidikan, rancangan makanan tambahan, susu 1Malaysia, bantuan buku teks serta bantuan tuisyen.

"Kerajaan turut memberi subsidi hampir 100 peratus untuk makanan di asrama harian dan asrama penuh manakala tidak mengenakan sebarang bayaran untuk asrama desa," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai himpunan anjuran pakatan pembangkang semalam, Mohd Puad berkata perhimpunan itu membuktikan kerajaan berpegang pada janji yang dibuat sebelum ini.

"Kerajaan tunai janji dengan meminda Akta Perhimpunan Aman dan beri kebenaran kepada pembangkang untuk mengadakan perhimpunan semalam.

"Bagi saya Perdana Menteri perlu diberi pujian kerana berjaya membawa perubahan dan menjanjikan amalan demokrasi yang lebih murni," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan