Tangkis Fitnah Dan Hasutan Di Internet Menjelang P.Raya - Rais

Diterbitkan: Sabtu, 12 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MENUMBOK: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta seluruh rakyat bersedia menangkis segala tindakan pihak tertentu yang menggunakan saluran internet untuk fitnah dan hasutan terutama menjelang kempen pilihan raya.

Rais berkata kerajaan kini amat prihatin untuk bersedia sedaya upaya bagi memuaskan hati semua pihak dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

"Jadi, saya mohon kita bersedia dengan kecekalan dan kalau boleh kita tangkis untuk tentukan bahawa fitnah itu kita benam dengan penjelasan kita," katanya.

Rais berucap merasmikan program Himpunan Kasih Sayang, Klik Dengan Bijak dan Nilai-nilai Murni peringkat negeri Sabah di padang Majlis Daerah Menumbok, dekat Kuala Penyu di sini, Ahad.

Beliau turut meminta masyarakat menggunakan internet menerusi saluran bijak bagi tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam kehidupan.

Katanya, kementeriannya telah menjayakan 47 peratus perluasan jalur lebar di Sabah dan sebanyak kira-kira 4,200 kampung tanpa wayar termasuk 180 di Sabah diperuntukkan untuk tujuan itu.

Beliau berkata rakyat tidak harus menyalahgunakan internet agar tidak hilang identiti negara serta tidak merosakkan pendidikan, agama, akademik di universiti dan sekolah.

Selain itu, katanya kesilapan internet akan juga boleh mengakibatkan saman-menyaman kerana perbuatan fitnah dan hasutan kepada sesuatu pihak tertentu.

Semua pihak, katanya termasuk ibu bapa harus memantau kegiatan anak-anak menggunakan internet selain guru membantu mengajar murid menggunakan saluran internet yang betul seperti wikipedia.

Menurut, kementerian menerusi SKMM akan terus memperketatkan undang-undang sedia ada untuk memantau penguatkuasaan di dalam internet menerusi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan sehingga kini menyaksikan 18 kes telah dibawa ke muka pengadilan.

Program selama dua hari bermula semalam itu dipelopori Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Sabah dan Labuan dengan kerjasama agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) termasuk Jabatan Penerangan Sabah, Jabatan Penyiaran, Jabatan Hal Ehwal Khas Sabah dan Bernama.

Program itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias Datuk Azizah Mohd. Dun, pemangku Pengerusi Umno Beaufort Isnin Aliasneh dan Adun Kuala Penyu John Teo Mau Sing. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan