Polis Tahan Lelaki Bantu Lima Tahanan Lolos

Diterbitkan: Sabtu, 12 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Polis Pulau Pinang menahan seorang lelaki dipercayai membantu memberi makanan kepada lima tahanan yang sedang bersembunyi di kawasan ladang sawit dan hutan di Ara Kuda, Tasek Gelugor dekat sini, malam Jumaat.

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di perkarangan Masjid Al-Falah di Pengkalan Tambang, Permatang Pasir yang terletak berhampiran dengan kawasan ladang itu di sini kira-kira 10 malam.

"Berdasarkan risikan, polis berjaya mengesan lelaki berkenaan dan ketika ditahan dia sedang menunggu seorang daripada lima tahanan yang kita buru itu dalam keretanya. Kita telah arahkan anggota polis membuat rondaan dalam kawasan ladang sawit dan hutan itu," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.

Dua daripada tahanan berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis.

Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati lelaki yang ditahan itu adalah rakan kepada lima tahanan itu dan dia dipercayai memberi makanan dan duit kepada mereka.

Katanya, lelaki itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, polis juga sedang mengesan beberapa lagi lelaki yang dipercayai turut memberikan perlindungan dan makanan kepada tahanan yang masih bebas itu dan dipercayai mereka berhubung menggunakan telefon bimbit yang dibekalkan kepada tahanan.

Sementara itu, seorang penduduk di taman berhampiran kawasan itu mendakwa melihat seorang daripada tahanan berkenaan berhampiran rumahnya.

Lelaki itu yang enggan dikenali berkata tahanan berkenaan berjalan berhampiran rumahnya dan sebaik menyedari orang terbabit yang diburu polis, beliau terus masuk ke dalam rumah serta menghubungi pihak polis.

Dua tahanan yang ditembak mati pada Khamis ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia.

Mereka yang masih diburu ialah Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, Mohamad Farid Akhtar, 24, Hamzani Harun, 37, Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26, dan Hisham Abdul Rahman, 39. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan