PM Teruja Sambutan Meriah Anggota IPF Di Semenyih

Diterbitkan: Sabtu, 12 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMENYIH: Lebih 15,000 anggota Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) dan parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini membanjiri Dataran Tesco Bandar Rincang, Semenyih sebagai tanda menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kehadiran pemimpin nombor satu negara itu membuatkan bandar sunyi Semenyih bertukar wajah menjadi sibuk dan sesak dengan puluhan bas dan ribuan kereta yang memenuhi tempat letak kereta dan sepanjang jalan raya.

Najib yang tiba tepat 10 pagi untuk menghadiri majlis Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) Negeri Selangor Bersama Perdana Menteri, ternyata teruja dengan sambutan meriah penyokong BN dan rakyat yang mengalu-alukan kehadiran beliau.

Lebih menarik penyokong dan rakyat yang membanjiri pekarangan dataran itu sejak 8 pagi, rata-ratanya berbangga memakai baju kemeja-t tertera lambang BN dan wajah Najib.

Sorakan dan laungan "Hidup PM", Hidup Najib" "1Malaysia" dan "Ore Malaysia" berterusan hampir 10 minit sehingga Najib dan pemimpin parti komponen BN menaiki pentas utama dengan iringan muzik tradisional India.

Penyokong dan rakyat juga mengambil kesempatan bersalaman dengan pemimpin berjiwa rakyat itu yang tidak pernah lekang dengan senyuman.

Dalam ucapannya, Najib yang jelas kelihatan ceria dan penuh semangat berkata beliau amat teruja dengan sokongan dan sambutan rakyat.

"Satu Malaysia, Ore Malaysia. Saya berasa amat terhormat lagi teruja kerana diberi sambutan cukup hangat oleh IPF," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan