Peserta KL112 Dari Amcorp Mall Berarak Paling Jauh Ke Stadium Merdeka - Berita Semasa | mStar

Peserta KL112 Dari Amcorp Mall Berarak Paling Jauh Ke Stadium Merdeka

Diterbitkan: Sabtu, 12 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan peserta dari Amcorp Mall berjalan melalui Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur menuju ke Stadium Merdeka. Foto AZMAN GHANI / THE STAR
Kumpulan peserta dari Amcorp Mall berjalan melalui Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur menuju ke Stadium Merdeka. Foto AZMAN GHANI / THE STAR

PETALING JAYA: Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112)yang berkumpul di Amcorp Mall di sini seawal pukul 8 pagi dijangka akan berarak dalam jarak paling jauh menuju ke Stadium Merdeka bermula pukul 10 pagi.

Kebanyakan peserta terdiri daripada anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan orang awam.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengingatkan para peserta supaya menjaga disiplin dan tidak melakukan provokasi.

"Kita buktikan kemenangan kita dengan menunjukkan disiplin kita memandangkan kumpulan kita ini akan berarak paling jauh menuju ke Stadium Merdeka," katanya ketika memberi ucapan kepada peserta sebelum memulakan perarakan pada pagi Sabtu.

Kumpulan ini akan berjalan ke Universiti Malaya (UM) di Kuala Lumpur dan bergabung dengan kumpulan di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Brickfields dan beberapa lokasi sebelum tiba di Stadium Merdeka.

Polis akan bersama bagi memastikan keadaan teratur dan aman sepanjang perarakan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan