Pembangkang Tak Capai Sasaran Sejuta Peserta Pada Perhimpunan Di Stadium

Diterbitkan: Sabtu, 12 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipanggil perhimpunan kebangkitan rakyat 2013 di Stadium Merdeka di sini berakhir petang ini dengan kehadiran peserta menyimpang jauh daripada sasaran sejuta orang yang dilaungkan oleh penganjur sebelum ini.

Mengikut anggaran pemerhati, bilangan peserta tidak melebihi 50,000 orang memandangkan stadium itu mempunyai kapasiti 30,000 orang manakala padangnya dianggarkan mampu menampung lebih 10,000 orang.

Bagaimanapun, polis menganggarkan jumlah kehadiran peserta pada perhimpunan selama tiga jam itu adalah 45,000 orang.

Berbeza dengan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara, April lepas, yang berakhir dengan dengan keganasan dan rusuhan tetapi perhimpunan kali ini berlangsung dalam keadaaan sebaliknya.

Peserta disajikan dengan dengan ucapan-ucapan politik penuh retorik oleh barisan pemimpin pembangkang yang melahirkan keyakinan untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.

Meskipun, penganjur dan pihak berkuasa keselamatan bersetuju dengan 27 syarat bagi mengadakan perhimpunan itu, namun beberapa syarat tidak dipatuhi oleh penganjur.

Antara pelanggaran syarat yang ketara itu ialah apabila ada dalam kalangan peserta membawa kanak-kanak kecil, berdemonstrasi di jalanan semasa berarak ke stadium dari lapan lokasi berkumpul dan jumlah peserta melebihi had kapasiri di dalam stadium.

Kebanyakan peserta memakai pakaian berlogo dan berwarna parti politik serta membawa bendera politik masing-masing yang jelas menunjukkan perhimpunan itu bermotifkan politik.

Para pemimpin pembangkang mengadakan pra perhimpunan di sekitar ibu kota malam tadi sebagai menguji sambutan rakyat serta menaruh keyakinan perhimpunan itu akan dihadiri ratusan ribu orang.

Berdasarkan jumlah kehadiran yang kecil itu, ia jelas menunjukkan dua kemungkinan iaitu peserta mungkin berminat untuk melihat timbul kekecohan dan rusuhan.

Yang keduanya, untuk menilai sendiri sama ada sokongan rakyat yang didakwa pembangkang semakin meningkat adalah benar.

Kelancaran perhimpunan itu adalah kerana ketegasan polis dalam menekankan kepada penganjur agar mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) dan pengerusi penganjur, Mohamed Sabu memberi jaminan pihaknya akan mematuhi peraturan itu.

Antara klausa dalam Akta APA, menyebut kanak-kanak bawah 15 tahun dilarang menyertai perhimpunan dan individu dilarang merekut atau membawa kanak-kanak untuk perhimpunan.

Malangnya hari ini, peserta perhimpunan didapati telah mengingkari Akta APA dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata siasatan terhadap itu sedang dijalankan.

Selain itu, terdapat elemen provokasi daripada pihak tertentu, dengan laporan bom palsu di Suria KLCC dan Lebuh Pasar namun unit pemusnah bom polis mendedahkan dua kotak hanya mengandungi peralatan mekanik dan satu lagi adalah kotak kosong.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata pihaknya telah menerima rungutan warga kota melalui mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) terhadap masalah sampah yang ditinggalkan peserta perhimpunan di sekitar bandar raya.

Ketika sidang media, di Dewan Umno Simpang Tiga di Pantai Dalam di sini, Raja Nong Chik membacakan SMS berkenaan yang berbunyi 'Tahniah dan syabas kepada penganjur kerana berjaya kumpul satu juta tisu dan sampah. Kotorlah KL'.

"Selalu sangat himpunan diadakan, ini menyusahkan rakyat. Jadi sudah sampai masanya rakyat lakukan sesuatu. Pilihan raya pun tidak lama lagi," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan