KL112: Pejawat Awam Dinasihat Tidak Terlibat

Diterbitkan: Sabtu, 12 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa menasihatkan penjawat awam untuk tidak terlibat dalam perhimpunan dijadual diadakan di Stadium Merdeka esok.

Beliau berkata ini kerana difahamkan perhimpunan itu dianjurkan oleh parti politik dan penjawat awam tidak sepatutnya terlibat.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Program Membaca 1Malaysia: Bacalah Manjaku di Hospital Putrajaya di sini, Jumaat.

Terdahulu dalam ucapannya, Ali berkata mulai tahun ini, kerajaan akan lebih giat menggerakkan kempen membaca agar motif kempen dapat dicapai.

"Dimaklumkan masyarakat Malaysia membaca sekitar lapan hingga 12 buku setahun, namun kuantiti bacaan sahaja tidak memadai, langkah mendidik masyarakat untuk membaca dan menganalisis maklumat yang diperolehi juga perlu dijalankan serentak," katanya.

Hospital Putrajaya menjadi hospital kelima memperkenalkan program itu sejak dilancarkan pada 2008 di Hospital Kuala Lumpur. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan