Kementerian Terbuka Cadangan Kos Amah Indonesia Lebih Murah - Subramaniam

Diterbitkan: Sabtu, 12 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia bersikap terbuka menerima sebarang cadangan daripada mana-mana pihak mengenai kos pengambilan pembantu rumah Indonesia yang lebih murah.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, sebarang cadangan perlu dilakukan secara rasmi kepada kementerian dan memaklumkan dengan siapa mereka berurusan di Indonesia dan menyertakan bukti persetujuan antara kedua-duanya.

"Kita (kementerian) juga boleh membuat cadangan seumpama itu tetapi akhirnya ia melibatkan (persetujuan) agensi-agensi dan kumpulan berkaitan dari kedua-dua negara.

"Tidak ada pihak yang memonopoli (dalam menentukan kos pengambilan pembantu rumah). Sesiapapun yang boleh tampil membuktikan sistem yang lebih murah dan memastikan ia boleh dilaksanakan, kita akan bersikap terbuka mengenainya (cadangan)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan sambutan ulang tahun kelahiran pendakwah Hindu, Swami Vivekananda ke-150 di sini, Jumaat.

Subramaniam mengulas mengenai timbulnya pertikaian apabila Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) yang sebelum ini mengumumkan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia ditetapkan pada harga RM6,700, yang disifatkan kos itu terlalu tinggi sehingga membebankan majikan di negara ini.

Sementara itu, Persatuan Majikan Pembantu Rumah Malaysia (Mama) pula menerusi sebuah laporan akhbar berbahasa Inggeris pada Jumaat menyatakan bahawa persatuan itu mempunyai cadangan mengenai kos pengambilan pembantu rumah Indonesia yang lebih efektif.

Cadangan itu dilaporkan sebagai antara pendekatan Mama mewujudkan situasi menang-menang dalam isu pengambilan pembantu rumah Indonesia di negara ini.

Subramaniam berkata, pada masa ini hanya Papa yang mencadangkan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia iaitu RM6,700 kepada kementerian.

"Mereka (Papa) juga telah mengurangkan daripada kos sebelumnya iaitu RM12,000, yang merupakan pengurangan yang begitu besar," katanya.

Beliau menambah, sama ada Mama atau mana-mana pihak sekalipun yang mempunyai cadangan itu dialu-alukan untuk mengusulkannya kepada kementerian.

"Sesiapa yang ada cadangan untuk kurangkan kos, kita akan terima secara baik. Ini kerana itulah yang rakyat mahukan.

"Perkara ini mudah saja, ramai yang bercakap (mencadangkan) tetapi mereka tidak boleh melaksanakannya. Inilah masalahnya," katanya.

Mengenai cadangan Wanita Barisan Nasional pada Khamis supaya kerajaan mengambil alih urusan pengambilan pembantu rumah Indonesia, Subramaniam berkata, kementerian sememangnya bersedia untuk melaksanakannya daripada kerajaan Malaysia kepada kerajaan Indonesia iaitu "G2G" tetapi sebelum itu perlu membuat persediaan mengenai sistem dan mendapatkan persetujuan antara kedua-dua negara.

"Kalau kita sahaja sedia tetapi negara penghantar (Indonesia) tidak sedia untuk membuat apa yang sepatutnya dilakukan. Maka perlu ada persetujuan.

"Walaupun secara peringkat awal, ia sudah dikemukakan kepada Indonesia beberapa minggu lalu, tetapi kita memerlukan perbincangan dan persediaan lebih mendalam. Ini akan mengambil masa sebelum satu-satu sistem itu boleh dilaksanakan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan