IPF Janji Terus Sokong BN

Diterbitkan: Sabtu, 12 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMENYIH: Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) berjanji akan terus menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya Datuk M. Sambathan berkata IPF juga akan berusaha memastikan kemenangan calon BN, sekalipun jika mereka sendiri tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum itu.

"Kita (IPF) berjanji kepada Perdana Menteri bahawa IPF akan menyokong dan membantu kemenangan calon BN tanpa mengira parti, asalkan calon itu dari BN," katanya di sini Sabtu.

Beliau berucap pada majlis ramah mesra IPF bagi menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Tesco Bandar Rincang di sini, yang disertai kira-kira 15,000 anggota parti itu dan parti komponen BN.

Majlis turut dihadiri Najib yang juga Pengerusi BN.

Sambathan turut yakin usaha IPF untuk menjadi anggota BN akan menjadi kenyataan kelak susulan kehadiran Najib pada majlis IPF Sabtu.

"Ini merupakan kali pertama seorang Perdana Menteri menghadiri majlis mesra rakyat anjuran IPF, selain perhimpunan agung IPF. Ini memberi keyakinan kepada kami bahawa IPF akan diterima sebagai komponen BN, itu tujuan perjuangan selama 21 tahun," katanya.

Pada majlis itu, Najib mengakui IPF memberi sumbangan besar dalam memastikan kemenangan calon BN pada pilihan raya sebelum ini.

"Hari ini saya hadir kerana nak iktiraf peranan IPF. IPF yang ditubuhkan oleh mendiang Tan Sri M. G. Pandithan, telah menjadi rakan setia BN selama ini.

"Gelombang merah IPF telah beri banyak sumbangan kepada kejayaan BN dalam masa pilihan raya umum dan pilihan raya kecil sebelum ini. Saya yakin tuan-tuan pasti memberi sumbangan yang besar dalam PRU ke-13 nanti," katanya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai dan Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan, serta Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan