Tahanan Lolos 'Bertemu' Maut Di Penanti

Diterbitkan: Jumaat, 11 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasukan skuba menjumpai mayat Mohd Noor di kawasan tali air. Foto THE STAR Oleh:ASRI ABDUL GHANI. (gambar kecil: Mohd Fairus Adam (kiri), Mohd Noor Ahmad Mustafa (kanan)
Pasukan skuba menjumpai mayat Mohd Noor di kawasan tali air. Foto THE STAR Oleh:ASRI ABDUL GHANI. (gambar kecil: Mohd Fairus Adam (kiri), Mohd Noor Ahmad Mustafa (kanan)

BUKIT MERTAJAM: Kedua-dua tahanan yang meloloskan diri daripada polis fikir dengan bersembunyi di kawasan yang mereka sudah biasa tinggal mereka akan terselamat, namun ternyata telahan benar-benar silap.

Mohd Fairus Adam, atau lebih dikenali sebagai Joe Mafia dan rakannya, Mohd Noor Ahmad Mustafa ditembak mati oleh polis di Kampung Padang Ibu di Penanti dekat sini, empat hari selepas meloloskan diri daripada tahanan ketika di bawa ke Mahkamah Butterworth.

Mohd Fairus dan Mohd Noor masing-masing berusia 31 dan 28 tahun, kedua-duanya berasal dari Kubang Ulu dan sangat mengenali kawasan berkenaan.

Mereka menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam dipercayai membekalkan kepada rakan subahatnya sekurang-kurangnya sepucuk pistol.

Polis juga hampir pasti dapat menangkap lima lagi tahanan yang meloloskan diri daripada van polis ketika dalam perjalanan ke Makhamah Butterworth pagi Isnin lalu.

Berhubung drama tembak-menembak yang berlaku, Ketua Polis Pulau Pinang, Timbalan Komisioner Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dua suspek dilihat menaiki kereta di Kubang Semang pada pukul 12.30 tengah hari Khamis.

Polis cuba menghentikan kenderaan suspek bagi pemeriksaan 15 minit kemudian.

Bagaimanapun, suspek cuba melanggar kereta pilis, kata Abdul Rahim di sini.

"Mereka kemudiannya memecut ke arah kampung. Polis berjaya mengejar mereka lebih kurang 3 kilometer sebelum kereta suspek tergelincir dan terhumban dalam tali air.

"Dua lelaki berkenaan merangkak keluar daripada kereta. Mohd Fairus kemudiannya melepaskan tembakan namun ia terkena kereta polis.

"Polis kemudiannya berbalas tembakan dan akhirnya kedua-dua suspek berjaya ditembak mati," kata ABdul Rahim sambil menambah mayat Mohd Fairus ditemui di saluran tali air kira-kira 50 meter daripada kereta mereka.

Polis turut menemui sepucuk pistol automatik, .32-kaliber yang digunakan Mohd Fairus.

"Kami difahamkan suspek mempunyai pistol dan tidak tahu dimana mereka memperolehinya," kata Abdul Rahim.

Mayat Mohd Noor pula ditemui di tebing sungai.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada Mohd Noor ada melepaskan tembakan kepada polis.

"Kami masih mengesan bagaimana kedua-dua suspek memperoleh senjata api," katanya sambil menambah bahawa kereta yang mereka naiki bukan kereta curi.

Polis berjaya mengeluarkan kereta suspek daripada sungai berkenaan pada pukul 4.30 petang.

Kedua-dua suspek merupakan sebahagian daripada tujuh tahanan yang meloloskan diri di Persimpangan Bertingkat Butterworth selepas menyembur serbuk kari atau serbuk perasa mee segera bagi mengaburi penglihatan pengawal.

Abdul Rahim berkata polis percaya baki lima lagi tahanan dipercayai bersembunyi di Tasek Gelugor, Lunas dan Penanti.

"Agak sukar untuk melihat kelima-lima suspek berada di kawasan ini kerana kami membuat sekatan.

"Kami meletakkan lebih 250 anggota polis di kawasan yang dikenalpasti," tambahnya.

Abdul Rahim berkata tujuh tahanan berkenaan telah berpecah kepada dua kumpulan.

"Kami berharap lima lagi suspek akan menyerah diri di balai polis berhampiran," katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada orang awam yang memberi perlindungan kepada mereka, kerana mereka boleh didakwa di Seksyen 216 Kanun Keseksaan kerana berbuat demikian.

Lima suspek yang masih bebas ialah Hissham Abdul Rahman, 39, Mohd Sharimy Nor, 28, Mohd Khairulnizam Abdul Rani, 26, Hamzani Abdul Rahman, 37, dan Farid Akhtar yang tidak diketahui umurnya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan