RM106 Juta Diperuntuk Baik Pulih Jalan Persekutuan Rosak Akibat Banjir

Diterbitkan: Jumaat, 11 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARAN: Kementerian Kerja Raya memperuntukkan RM106.6 juta dalam tempoh Oktober 2012 hingga 5 Januari lepas untuk membaik pulih dan menyelenggara jalan raya persekutuan yang rosak akibat banjir baru-baru ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata ekoran banjir yang melanda baru-baru ini, kementerian menerima banyak laporan daripada Jabatan Kerja Raya negeri mengenai jalan raya rosak terutama di pantai timur.

"Kementerian juga turut memohon kepada jemaah menteri agar meningkatkan jumlah peruntukan bagi membiayai kos membaik pulih jalan-jalan yang terjejas terutama di Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kerja baik pulih jalan yang rosak akibat banjir di Jalan Kuantan-Maran, dekat Kampung Luit, di sini, Jumaat.

Shaziman berkata kementerian juga menerima peruntukan sebanyak RM150 juta tahun ini untuk membaik pulih 184 saluran pembetung di jalan-jalan persekutuan di seluruh negara. "Kami akan tukar saluran baharu dan mana-mana saluran yang kecil kita akan besarkan terutama di kawasan yang berisiko menghadapi banjir kilat bagi mengelak risiko jalan rosak dan mendap," katanya.

Beliau berkata kerja-kerja baik pulih jalan raya persekutuan yang terjejas sedang giat dijalankan oleh pihak konsesi untuk memastikan aliran trafik di kawasan terlibat tidak terjejas.

"Kami akan bagi tempoh kepada syarikat konsesi sehingga Mac ini untuk menyiapkan kerja-kerja baik pulih terutama di kawasan aliran trafik yang tinggi.

"Ini bagi memastikan keselamatan terhadap pengguna jalan raya di laluan berkenaan tidak terjejas," katanya.

Shaziman berkata kementerian juga bersedia untuk menaikkan aras jalan Jerangau-Jabor yang sering dinaiki air pada musim hujan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan