Program Pegawai Integriti Bertauliah SPRM Dapat Perhatian Antarabangsa

Diterbitkan: Jumaat, 11 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) yang diilhamkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat perhatian di peringkat antarabangsa apabila pelbagai badan pencegahan rasuah antarabangsa menyuarakan minat untuk menyertainya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata dalam pertemuan antara badan-badan seperti Persatuan Pihak Berkuasa Anti-rasuah Antarabangsa (IAACA), Interpol, serta badan penguatkuasaan serata Asia Tenggara dengan SPRM, mereka ada menyuarakan hasrat untuk turut serta dalam program berkenaan.

"Insya-Allah dengan sokongan semua pihak, program ini akan dipanjangkan kepada peserta antarabangsa tahun ini," katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan CeIO, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, yang disempurnakan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Program CeIO yang dibangunkan tiga tahun lepas membabitkan pentauliahan pegawai organisasi awam dan swasta sebagai Pegawai Integriti Bertauliah oleh Lembaga Pengiktirafan Pegawai Integriti Bertauliah (LPPIB).

Program itu dirangka bagi melahirkan pegawai integriti bertauliah yang berperanan untuk merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program integriti di kementerian, jabatan dan agensi masing-masing. Mereka terdiri daripada barisan pegawai terpilih yang menjalani latihan anjuran Pusat Pembangunan Integriti Korporat (CIDC), Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, serta melepasi syarat yang ketat.

Pada tahun ini, siri ketiga program berkenaan menyaksikan pentauliahan 58 lagi pegawai hari ini, menjadikan Pegawai Integriti Bertauliah kini berjumlah 82 orang.

Abu Kassim berkata program CeIO juga meninggalkan kesan dan memberi impak besar kepada komuniti kerana setiap peserta program dikehendaki melaksanakan tanggungjawab sosial korporat sebagai syarat kelayakan pentauliahan.

Beliau turut mencadangkan pegawai CeIO ditempatkan di unit integriti jabatan masing-masing, berada terus di bawah Ketua Jabatan, bagi memastikan mereka dapat melaksanakan tugas dan peranan sebagai agen yang membawa perubahan dalam organisasi.

"CeIO bukannya diletakkan di bawah unit pematuhan, Unit Audit, Unit Tatatertib dan sebagainya, tetapi mereka adalah pegawai yang sepatutnya berada di atas semua unit berkenaan, atau menjadi ketua yang memantau. Dengan cara ini barulah CeIO dapat melaksanakan fungsinya dengan berkesan," katanya.

Menurut beliau kaji selidik ke atas 22 CeIO siri pertama menunjukkan bahawa 18 pegawai (82 peratus) ditempatkan di unit yang menjalankan tugas berkaitan integriti, sembilan (41 peratus) dilantik menjawat jawatan pegawai integriti, dan hanya empat (18 peratus) yang tidak dilantik atau tidak menjalankan tugas berkaitan integriti.

"Hal ini menunjukkan sikap organisasi yang kurang memberi perhatian tentang kepentingan dan kepakaran CeIO yang boleh dimanfaatkan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan