Penganjur KL112 Diberi 27 Syarat Pastikan Keadaan Aman

Diterbitkan: Jumaat, 11 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) diberikan sebanyak 27 syarat dan sekatan oleh pihak polis bagi memastikan perhimpunan yang bakal diadakan di Stadium Merdeka di sini pada Sabtu ini akan berlangsung secara aman.

Pengarah Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu berkata, ia merupakan antara persetujuan bersama menerusi perbincangan dengan Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad pada petang Khamis.

"Perbincangan berjalan dengan lancar dan beberapa perkara mendapat persetujuan bersama.

"Pihak polis memberi jaminan untuk bekerjasama bagi menjaga keselamatan orang awam pada perhimpunan 12 Januari ini. Saya jamin perhimpunan ini akan berlangsung secara aman," katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, Khamis.

Pengeluaran syarat dan sekatan oleh pihak polis kepada penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat itu bagi memastikan keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai mengikut Seksyen 15(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Antara 27 syarat dan sekatan yang ditetapkan oleh polis ialah penganjur perlu memastikan penganjuran perhimpunan tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012, penganjur dan peserta perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa awam dan tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang.

[Berita selanjutnya selepas ini]

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan