Pasangan Ditahan Berhubung Kematian Bomoh

Diterbitkan: Jumaat, 11 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang guru sekolah menengah yang didakwa dirogol oleh bomoh bekerjasama dengan suaminya mencari lelaki durjana itu dan menembak mati bomoh berkenaan.

Asli Hamid, 43, yang baru tiga hari berpindah dari Kedah, ditembak mati pada pukul 9 malam, 4 Januari lalu.

"Asli menunggang sebuah motosikal yang dipinjam berhampiran Kota Damansara ditembak pada jarak dekat," kata Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner, Mohd Adnan Abdullah pada sidang media di sini.

Polis berjaya menahan pasangan berkenaan pada Selasa.

Suspek wanita berusia 41 tahun sementara suaminya berusia 43 tahun, bekas kapten kapal, ditahan di tempat letak kereta pusat beli belah di Ara Damansara pada pukul 6 petang.

Pasangan berkenaan berasal dari Kedah.

Mohd Adnan berkata pembunuhan tersebut bermotifkan cemburu dan dendam namun beliau enggan mengulas mengenai laporan bahawa guru berkenaan dirogol oleh bomoh tersebut.

Beliau berkata kedua-dua suspek telah merancang untuk menembak mangsa dirumahnya selepas mereka melihat dia menaiki motosikal dan ketika itulah dia ditembak.

Polis pasti mereka telah merancang lebih awal mengenai pembunuhan itu selepas membaca khidmat pesanan ringkas pada telefon bimbit suspek.

Polis turut menahan kakak kepada lelaki berkenaan berusia 31 tahun di Kampung Simpang Empat Kuar, Alor Setar.

Wanita berkenaan membawa polis kepada penemuan dua pucuk pistol 9mm, dua butir peluru dan sebuah kotak yang mengandungi peluru.

Difahamkan kakak suspek dipercayai cuba melupuskan bukti dengan membuang senjata yang digunakan ke dalam sungai namun polis berjaya menemuinya kembali.

Polis turut menemui sebuah kereta Audi A4 yang dipercayai digunakan ketika kejadian tembak daripada sebuah bengkel di Kampung Mempelam, Alor Setar.

"Dengan penahan semua suspek, kita percaya kes ini telah selesai," kata Mohd Adnan, sambil menambah siasatan masih di peringkat awal dan polis memfokuskan untuk menyelesaikan kes pembunuhan berkenaan.

Pasangan berkenaan telah direman sehingga Ahad sementara kakaknya direman hingga Isnin ini.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan