PAS Kaji Semula Pendirian Dalam Isu Kalimah Allah

Diterbitkan: Jumaat, 11 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Akibat perbezaan pendapat antara pemimpin PAS dalam isu penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible Bahasa Malaysia, Majlis Syura akan menilai kembali pendirian parti yang membenarkan penganut bukan Islam menggunakannya, kata Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Beliau berkata Majlis Syura, merupakan sayap tertinggi dalam parti itu, akan campur tangan dan menilai kembali keputusan yang telah dibuat kerana ramai pemimpin menentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam.

Mahfodz merupakan salah seorang daripada 15 ahli Majlis Syura, yang merupakan sayap tertinggi dalam parti itu.

"Pada 2010 PAS setuju bahawa Islam tidak melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah', dengan syarat ia tidak disalah guna.

"Oleh kerana ramai pemimpin mempunyai pandangan berbeza dalam isu ini, adalah menjadi tanggungjawab Majlis Syura untuk mencapai konsensus," kata Mahfodz.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata beliau menentang penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible Bahasa Malaysia.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib antara ahli Majlis Syura yang telah menyatakan pendirian mereka secara terbuka menentang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam.

Mahfodz berkata kerisauan terbesar yang dibimbangi adalah Bible Bahasa Malaysia yang mengandungi kalimah 'Allah' akan digunakan untuk menyebarkan ajaran agama Kristian dikalangan orang Islam.

Beliau mengesahkan bahawa Majlis Syura akan mengadakan mesyuarat khas esok namun ia telah ditunda kepada Ahad malam kerana ramai ahli yang terlibat dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kerajaan mempunyai hak untuk melarang orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan agama bagi mengelakkan kebimbangan.

Tokoh agama itu berkata, keputusan seperti itu diterima dalam perspektif pentadbiran bagi mengelakkan potensi ia disalahguna oleh pihak tertentu.

Isu tersebut tidak wujud di Sabah dan Sarawak, kerana arahan tersebut hanya terpakai di Semenanjung Malaysia, katanya.

Dr Asri turut menegur sikap pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja menggunakan isu tersebut demi kepentingan politik.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapan sempena sambutan Hari Krismas Disember lalu berkata penganut bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah 'Allah' dalam Bible Bahasa Malaysia.

Dr Asri berkata oleh kerana Bible diterjemah daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia, terjemahan kepada 'God' adalah 'Tuhan' bukan 'Allah'.

"Mereka bukan menterjemah daripada Bahasa Arab kepada Bahasa Malaysia, sebaliknya daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia.

"Oleh itu, polemik berhubung penggunaan kalimah 'Allah' ini sepatutnya tidak sepatutnya menjadi isu yang besar,” katanya, sambil menyelar tindakan mereka yang menggunakan agama untuk mewujudkan suasana tegang.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan