Benar Himpunan KL112 Di Stadium Merdeka Bukti Kerajaan Bertimbang Rasa - Rais

Diterbitkan: Jumaat, 11 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KLAWANG: Kesediaan kerajaan memenuhi permintaan pembangkang yang tetap mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka menunjukkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak cukup bertimbang rasa.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berkata walaupun kerajaan mencadangkan perhimpunan diadakan di Stadium Nasional di Bukit Jalil, namun akur dengan kehendak penganjur mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka di ibu negara esok.

Bagaimanapun, beliau berkata mereka perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Antara syarat di bawah akta itu ialah tidak harus 'memporakperandakan' lalu lintas, tidak menjejaskan para peniaga, pengangkutan dan menjamin suasana muhibah semasa mereka menjalankan perarakan atau mengeluarkan ucapan," katanya pada majlis mesra anggota polis dan Rela Parlimen Jelebu sempena pertandingan kemahiran menembak 2013 di lapang sasar Titi dekat sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Rais yang juga anggota Parlimen Jelebu berkata perhimpunan itu dilihat sebagai senjata terakhir pembangkang untuk menunjukkan pengaruh dan mendapatkan perhatian rakyat.

Katanya pihak yang mahu mendapatkan kuasa menerusi demokrasi perlu membuktikan tiga perkara iaitu apa jasa mereka, bolehkah mereka mempunyai potensi mentadbir dan memulihara kepentingan rakyat sepertimana kerajaan Barisan Nasional (BN) pada masa kini dan lampau serta mesti menunjukkan kekukuhan parti mereka.

"Ini tidak dapat kita lihat dan ketiga-tiga syarat ini (dalam pakatan pembangkang), rakyat harus lihat...(buat) penilaian," katanya.

Pada majlis itu, Rais mengumumkan peruntukan RM120,000 untuk pembinaan prasarana termasuk tandas di lapang sasar Titi. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan