Penipuan Juruterbang Palsu Berakhir

Diterbitkan: Khamis, 10 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang kaki tipu yang memanggil dirinya, Kapten Darwin dan menyamar sebagai juruterbang akhirnya ditangkap oleh pihak polis.

Cuba meniru watak Leonardo Dicaprio dalam filem Catch Me If You Can, Kapten Darwin mensasarkan golongan lelaki berbanding wanita.

Lelaki yang berumur 46 tahun menyamar sebagai juruterbang dari Sistem Penerbangan Malaysi (MAS), Singapore Airlines dan Brunei Airlines telah menipu lebih daripada lapan mangsa sejak September tahun lalu.

Suspek yang pandai bercakap itu berjaya menyakinkan mangsa untuk membeli telefon pintar daripadanya.

Dia juga akan memujuk mereka mangsa ke bilik hotel di ibu kota sebelum memberikan pil pelangsing untuk memperdayakan mangsa.

Suspek kemudiannya melarikan diri dengan wang tunai dan barang-barang berharga lain.

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata pihak polis akhirnya berjaya memberkas suspek di sebuah hotel, 2 Januari lalu selepas mengintip pergerakannya selama beberapa bulan.

Mangsa mendakwa mereka dipukau menggunakan ilmu hitam oleh suspek.

"Antara yang menjadi mangsa ialah seorang pemandu teksi dan juruteknik,” katanya pada sidang akhbar pada Rabu.

Ku turut mengesahkan bahawa suspek kini direman bagi membantu siasatan hingga Jumaat ini

"Suspek turut merompak barang-barang berharga dan wang tunai keseluruhannya bernilai RM30,000. Kami percaya dia mungkin telah menipu lebih daripada lapan individu dan kami menggesa mereka yang telah mangsa supaya tampil ke hadapan,” latanya.

Bagaimanapun, Ku menjelaskan tidak berlaku serangan seksual terhadap mereka yang 'berurusan' dengan Kapten Darwin.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan