Pemilihan CEC Sah - Guan Eng

Diterbitkan: Khamis, 10 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan bahawa keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP adalah sah dan pemilihan semula tidak perlu dijalankan.

Beliau berkata audit dalaman telah dilaksanakan oleh pakar pilihan raya, Dr Ong Kian Ming serta audit bebas, TCMK Associated Chartered Accountants bagi memastikan keputusan akhir berkenaan tepat.

"Tidak sepatutnya timbul kemusykilan kerana keputusan itu disahkan oleh pakar profesional.

"Tapi kalau ada ahli yang tidak berpuas hati mereka boleh kemukakan pandangan secara bertulis dan kepimpinan tertinggi sedia menimbangnya," katanya kepada pemberita ketika melawat tapak projek Kompleks Ibu Pejabat Mahkamah Syariah negeri di sini, Khamis.

Lim berkata demikian ketika diminta mengulas desakan pemimpin akar umbi DAP semalam yang mahu kepimpinan tertinggi DAP mengadakan pemilihan semula anggota CEC.

Kontroversi itu timbul apabila DAP mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam pengiraan undi pada 3 Januari lepas dan pelbagai pihak percaya bahawa ia dibuat bagi membolehkan calon Melayu tersenarai sebagai anggota CEC parti itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Kolumnis

iklan

Iklan