Novelis Malaysia Antara Tersenarai Pendek Untuk Anugerah Berprestij Sastera Asia

Diterbitkan: Khamis, 10 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HONG KONG: Novelis dari Malaysia, Tan Twan Eng dengan karyanya "The Garden of Evening Mists" telah disenarai pendekkan untuk anugerah sastera berprestij Asia bagi tahun 2012.

Man Asian Literary Prize yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak AS$30,000 telah menerima 108 penyertaan dari Turki sehingga ke Jepun dan daripada jumlah itu, 15 karya telah dipilih ke pusingan akhir.

Daripada 15 karya terakhir itu, lima karya termasuk "The Garden of Evening Mists" telah terpilih untuk disenarai pendekkan sebagai penerima Man Asian Literary Prize bagi tahun 2012.

Pengarah Eksekutif Anugerah Sastera Asia Profesor David Parker berkata, pemenang bagi tahun ini akan diumumkan pada 14 Mac nanti.

Menurut beliau, jumlah penyertaan tahun ini sungguh memberansangkan dan mendapat perhatian mendalam daripada penerbit dan juga pengarang novel di serata benua Asia.

Salah sebuah karya yang mendapat perhatian para juri ialah "Silent House", karya awal sasterawan terkemuka Turki, Orhan Pamuk yang pada 2006 menerima anugerah tertinggi kesusasteraan iaitu Hadiah Nobel.

Walaupun karya tersebut diterbitkan 30 tahun yang lalu tetapi ia layak dipertimbangkan untuk anugerah ini kerana versi bahasa Inggerisnya baru sahaja diterbitkan pada tahun 2012.

Lain-lain karya besar yang mendapat perhatian ialah "Narcopolis" karya Jeet Thayil.

Ia adalah novel pertama Jeet, yang mengisahkan tentang ketagihan candu dan kesan yang ditinggalkannya ke atas bandar lama Bombay dalam tempoh tiga dekad.

"The Garden of Evening Mists" oleh novelis Malaysia, Tan Twan Eng pula mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang lulusan undang-undang yang dalam pengembaraannya telah menemui satu-satunya 'Taman Jepun' di bumi Malaya dan di dalam proses tersebut akhirnya turut menemui siapakah pemilik dan pencipta taman tersebut.

"The Briefcase" karya Hiromi Kawakami, adalah sebuah karya asal dalam bahasa Jepun yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris menceritakan tentang perhubungan di antara seorang wanita yang bekerja yang berusia 40 tahun dengan bekas guru sasteranya yang telah pencen.

"Between Clay and Dust" pula adalah hasil garapan pengarang Pakistan, Musharraf Ali Farooqi tentang kehidupan seorang ahli gusti yang berlatar belakangkan sebuah bandar di Pakistan selepas pemisahan dengan India.

Bagi karya yang dialih bahasakan, seandainya menang, penterjemahnya akan turut menerima hadiah wang tunai sebanyak $5,000.

The Man Asian Literary Prize bermula pada tahun 2007 dan dianugerahkan kepada karya novel terbaik oleh penulis-penulis dari benua Asia yang ditulis dalam bahasa Inggeris atau diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Pemenang Man Asian Literary Prize bagi tahun 2011 ialah novelis dari Korea Selatan, Kyung-Sook Shin yang menghasilkan karya berjudul "Please Look After Mom", yang mengisahkan tentang bagaimana sebuah keluarga menanggung kesengsaraan jiwa kerana merasa bersalah selepas ibu mereka yang sudah tua menghilangkan diri.

Novel tersebut terjual di seluruh dunia sebanyak dua juta naskhah.

Berikut adalah lima karya yang disenarai pendekkan untuk anugerah The 2012 Man Asian Literary Prize:

1). "Between Clay and Dust" oleh Musharraf Ali Farooqi (Pakistan);

2). "The Briefcase" oleh Hiromi Kawakami (Jepun);

3). "Silent House" oleh Orhan Pamuk (Turki);

4). "The Garden of Evening Mists" oleh Tan Twan Eng (Malaysia) dan

5). "Narcopolis" oleh Jeet Thayil (India).

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan