Krisis Air: Kerja Pemasangan Paip Pintasan Dijangka Siap Ahad

Diterbitkan: Khamis, 10 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerja pemasangan paip pintasan yang membolehkan air dibekalkan secara graviti dari Kolam Air Dusun Kubong ke Kolam Sedut AU3 Baru dan AU3 Lama dijangka siap Ahad ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) Datuk Teo Yen Hua berkata apabila kerja itu siap, air akan dibekalkan ke kedua-dua kolam sedut berkenaan tanpa melalui Rumah Pam Wangsa Maju.

"Gangguan bekalan air di Lembah Klang disebabkan pengurangan kadar pengepaman air dari Rumah Pam Wangsa Maju sebanyak 30 juta liter sehari (JLH).

"Pada masa ini, sistem pam Wangsa Maju beroperasi pada tahap yang dihadkan iaitu 180 JLH berbanding kadar pam sebelum ini iaitu 210 JLH bagi mengelakkan kerosakan berulang akibat lebih bebanan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata air yang dipam sebanyak 30 JLH yang disalurkan kepada kedua-dua kolam sedut itu akan dialihkan ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan air pada masa ini.

Teo berkata Kolam AU3 Baru membekalkan air ke kawasan AU1 hingga AU5, Keramat, Kawasan Perindustrian Bebas (FTZ) dan kawasan sekitar dengan sejumlah 16,215 akaun.

Kolam AU3 Lama pula membekalkan air ke kawasan Wangsa Melawati, Taman Permata, Taman Setapak Jaya dan kawasan sekitar dengan sejumlah 14,758 akaun, katanya.

Pelaksanaan kerja pemasangan paip pintasan berkenaan yang bermula Selasa lepas, dicadangkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan telah dikaji dan dipersetujui Span untuk disiapkan dengan segera.

Beliau berkata Span, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA), Jabatan Bekalan Air KETTHA, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) serta kerajaan Selangor sedang menyegerakan beberapa projek mitigasi yang sedang dilaksanakan bagi meningkatkan kapasiti bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Memandangkan rizab margin bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada masa ini adalah rendah, semua pengguna diminta berjimat dalam penggunaan air harian," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan