KL112: Penganjur Diberi 27 Syarat Pastikan Keadaan Aman

Diterbitkan: Khamis, 10 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) diberikan 27 syarat dan sekatan oleh pihak polis bagi memastikan perhimpunan yang bakal diadakan di Stadium Merdeka di sini pada Sabtu ini akan berlangsung secara aman.

Pengarah Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu berkata, ia merupakan antara persetujuan bersama menerusi perbincangan dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad pada petang Khamis.

"Perbincangan berjalan dengan lancar dan beberapa perkara mendapat persetujuan bersama.

"Pihak polis memberi jaminan untuk bekerjasama bagi menjaga keselamatan orang awam pada perhimpunan 12 Januari ini. Saya jamin perhimpunan ini berlangsung secara aman," katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Pengeluaran syarat dan sekatan oleh pihak polis kepada penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat itu bagi memastikan keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai mengikut Seksyen 15(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Antara 27 syarat yang ditetapkan oleh polis ialah penganjur perlu memastikan penganjuran perhimpunan tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman, penganjur dan peserta perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang.

Mohamad Sabu berkata, hanya 30,000 orang yang dibenarkan memasuki Stadium Merdeka dan selebihnya akan berada di kawasan sekitarnya.

"Dan lebih kurang 10,000 anggota Unit Amal (PAS), AMK (Angkatan Muda Keadilan) dan yang lain-lain akan bertugas (mengawal keadaan) pada hari itu)," katanya.

Sementara itu, ACP Zainuddin berkata, pertemuan dengan pihak penganjur itu bertujuan untuk menerangkan syarat-syarat berhimpun berlandaskan Akta Perhimpunan Aman.

"Saya memberitahu mereka (syarat-syarat). Mereka faham, akur dan berjanji akan mematuhi syarat-syarat tersebut. Mereka juga berjanji akan mematuhi syarat-syarat oleh pengurusan Stadium Merdeka iaitu Merdeka Heritage Trust.

"Mereka berjanji akan memastikan keselamatan sentiasa terkawal dan akan menerima nasihat ataupun arahan-arahan yang diberikan oleh pihak polis," katanya.

Dalam pada itu, Zainuddin menegaskan agar pihak penganjur dan peserta tidak dibenarkan membawa sebarang poster, sepanduk atau kain rentang yang berbaur hasutan, memecahkan keamanan atau menjejaskan emosi dan perasaan orang awam.

Ditanya sekiranya poster berunsurkan negatif masih digunakan, Zainuddin berkata: "Polis akan memantau. Kita akan beri arahan (untuk tidak pamerkan). Mereka (penganjur) sudah bersetuju (mematuhi syarat-syarat).

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan