Agong Serah Watikah Pelantikan Anggota MAIWP

Diterbitkan: Khamis, 10 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengurniakan watikah pelantikan kepada 22 anggota Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Istana Negara di sini, Khamis.

Mengetuai penerima ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku Pengerusi MAIWP diikuti Timbalan Pengerusi MAIWP Datuk Othman Mustapha.

Pelantikan itu sehingga 2015 mengikut Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Othman Mahmood, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Dr Hashim Haron, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib.

Penasihat Perundangan Syariah Jabatan Peguam Negara Tan Sri Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali, Pegawai Agama Istana Negara Datuk Aziz Che Yacob. Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, Datuk Rizuan Ab Hamid, To' Puan Wan Asiah Ahmad, Datuk Kamarudin Ambok, Datuk Mohamad S. Ahmad, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, Datuk Yussof Mahal, Abdullah Md Din.

Turut menerima watikah pelantikan lima anggota baru iaitu Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad Datuk Seri Zukri Samat, Pengarah Urusan Sri Juyong Resources Sdn Bhd Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah, Ketua Pegawai Dakwah Islamic Information and Services Foundation (IISF), Shah Kirit Kakulal Govindji, Ir Dr Muhamad Fuad Abdullah dan Jamela Mohd Syed.

Sementara itu, Tuanku Abdul Halim turut mengurniakan watikah pelantikan kepada 16 anggota Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Mendahului penerima Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam merangkap Pengerusi MAIM.

Pelantikan itu sehingga 2014.

Turut menerima Timbalan Pengerusi MAIM Datuk Yaakub Mat Amin, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh, Penasihat Undang-undang Negeri Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Naim Abu Bakar, Mufti Kerajaan Negeri Datuk Wira Rashid Redza Md Salleh, Timbalan Ketua Polis Melaka SAC Datuk Shah Gzali Khan Shahadat, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Tan Sri Ibrahim Lembut.

Canselor University College Sedaya International (UCSI) Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, Pengarah Bahagian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Zainal Abidin Jaffar, Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abdul Aziz Che Yacob, Naib Canselor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Melaka Prof Emeritus Datuk Wira Dr Mohd Yusoff Hashim.

Ketua Pegawai Eksekutif Jabatan Ketua Menteri Melaka Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Pegawai Agama Negeri Melaka Zakariah Lemat.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan