Tren Akhir KTM Komuter Tamat Awal

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren akhir KTM Komuter ke semua destinasi akan ditamatkan 30 minit hingga sejam lebih awal berbanding jadual asal mulai Sabtu ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata pembatalan tren terakhir itu bertujuan mempercepat dan menggiatkan penyiapan kerja baik pulih landasan yang dilaksanakan pada 12 tengah malam hingga 5 pagi setiap hari di beberapa lokasi di rangkaian komuter.

Jadual tren yang terlibat adalah dari Rawang ke Sungai Gadut mencakupi dua tren terakhir pada 10.15 malam dan 10.45 malam; Sungai Gadut ke Rawang (10.14 malam); Pelabuhan Klang ke Batu Caves (10.40 malam); dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang (10.40 malam).

"Pengguna yang biasanya menggunakan tren-tren akhir KTM Komuter dinasihat merancang semula jadual perjalanan," kata kenyataan itu. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan