Tindakan Undang-undang Terhadap Penyebar Berita Palsu - SKMM

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai tentang bahayanya penyebaran berita palsu menerusi internet dan sistem khidmat pesanan ringkat (sms).

Ini ekoran berita palsu mengenai kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Kami mengambil serius perkara ini. Siasatan sedang dijalankan dan seperti biasa kami bekerjasama dengan polis dan jika didapati melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada," kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.

Katanya bawah seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

"Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita tersebut melalui sms atau media sosial kerana berita palsu seperti yang ditulis dalam blog tersebut boleh mengganggu gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan