Tempat Duduk Percuma 1Malaysia AirAsia Dapat Sambutan Menggalakkan

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Program Integrasi 1Malaysia Bersama AirAsia" yang ditawarkan oleh AirAsia telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Kesemua 10,000 tempat duduk percuma yang ditawarkan di bawah inisiatif itu telah habis direbut menjelang pukul 11 pagi hari Rabu, kata AirAsia dalam satu kenyataan.

Dalam kempen tempat duduk percuma itu, penerbangan pergi/balik ke lapan destinasi di Sabah dan Sarawak, iaitu Kuching, Sibu, Miri, Bintulu, Kota Kinabalu, Tawau, Labuan dan Sandakan, ditawarkan dari tiga destinasi di Semenanjung Malaysia (Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Baharu) dengan sejumlah 417 penerbangan mingguan.

Tempat duduk percuma berjumlah 10,000 yang ditawarkan itu adalah antara yang pertama daripada banyak aktiviti lain yang syarikat penerbangan itu akan umumkan sebagai sebahagian daripada "Program Integrasi 1Malaysia" yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lepas.

Hanya cukai lapangan terbang dikenakan untuk kempen Tempat Duduk Percuma 1Malaysia ini kerana tambang dan surcaj bahan bakar telahpun diketepikan untuk laluan yang ditawarkan.

Untuk maklumat inovasi terkini AirAsia serta promosi, aktiviti dan peraduan lain, boleh didapatkan menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan