Tahanan Lolos: Kakak Rayu Adiknya Serah Diri - Berita Semasa | mStar

Tahanan Lolos: Kakak Rayu Adiknya Serah Diri

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TASEK GELUGOR: Seorang kakak merayu adiknya, seorang daripada tujuh tahanan Penjara Pulau Pinang yang meloloskan diri semasa dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth dengan van polis Isnin lepas, supaya menyerah diri kepada polis.

Norazah Abdul Rahman, 40, berkata Hisham ditahan sejak hujung tahun lepas kerana kesalahan rompak dan difahamkan pada hari kejadian dia dibawa ke mahkamah untuk keputusan hukuman kesnya.

"Kami semua enam adik beradik merayu dia serah diri kepada polis secepat mungkin, bukan ini caranya (melarikan diri), lagipun sampai bila dia nak melarikan diri macam ini. Saya yakin dia terikut dengan kawan-kawan (tahanan lain)," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pokok Tampang, di sini, Rabu.

Norazah berkata Hisham yang menduda dan mempunyai dua orang anak tinggal bersebelahan rumahnya seorang diri sejak ibu bapa mereka meninggal dunia dua tahun lepas.

"Dua minggu lepas, suami kakak ada pergi menemui dia di penjara Pulau Pinang dan keadaan dia sangat gembira, Hisham juga berjanji akan bertaubat serta mengubah sikapnya menjadi seorang yang baik.

Pada kejadian pukul 9 pagi Isnin, sembilan tahanan dari Penjara Pulau Pinang meloloskan diri ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth dengan sebuah van polis.

Bagaimanapun, polis memberkas dua daripada tahanan setelah menemui semula van di Kampung Padang Chempedak di sini manakala tujuh lagi termasuk Hisham melarikan diri di sekitar kawasan ladang sawit di Ara Kuda di sini. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan