Pikap Tidak Setuju Harga Diumum Papa, Mahu Kerajaan Umum Secara Rasmi

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (Pikap) tidak bersetuju dengan harga yuran pengambilan pembantu rumah sebanyak RM6,700 sepertimana yang diumum oleh Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa).

Presidennya, Datuk Raja Zulkepley Dahalan berkata, harga tersebut tidak mengambil kira kos operasi sebenar agensi secara keseluruhan.

"Kita mahu kerajaan mengumumkan harga tersebut secara rasmi selepas berbincang dengan Kumpulan Kerja Bersama (JWG) kedua-dua negara dan bukan daripada mana-mana persatuan atau NGO.

"Selepas mendapat maklum balas ahli dan rakan niaga pembekal negara sumber serta mengambil kira harga pasaran, harga yang diumum Papa tidak merangkumi kos pengambilan dan risiko yang ditanggung oleh pihak agensi," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Menurut Raja Zulkepley, walaupun kos sebenar agak sukar untuk ditentukan kerana ia bergantung kepada permintaan dan penawaran kos pasaran dan pembekal negara sumber, namun ia seharusnya bersifat 'menang-menang'.

"Kita mahu kerajaan mempertimbangkan kos yang kita cadangkan iaitu lebih bersifat menang-menang iaitu kepada majikan, pekerja dan agensi namun tidak melebihi tahap harga yang tertinggi yang ditetapkan kerajaan.

"Buat masa sekarang kita masih menggunakan harga lama iaitu RM4,511 sehingga ia diumumkan secara rasmi kelak," katanya.

Sementara itu Pikap juga mencadangkan supaya urusan pengambilan pekerja melalui Kementerian Sumber Manusia dipermudahkan bagi mengelak agensi menanggung kos yang tidak sepatutnya.

"Kita mohon agar kementerian mengambil pendekatan mesra pelanggan dan mengurangkan karenah birokrasi yang membebankan seterusnya meningkatkan kos pengambilan pekerja," ujarnya.

Pada Isnin, Papa telah mengumukan harga yuran baru bagi pengambilan pembantu rumah adalah sebanyak RM6,700 bermula selepas Mac ini.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan