Perhimpunan 12 Jan: Pengurusan Stadium Merdeka Lulus Permohonan PR, Tiada Sekatan Jalan Raya

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengurusan Stadium Merdeka telah meluluskan permohonan daripada penganjur perhimpunan yang disokong Pakatan Rakyat (PR) untuk mengadakan perhimpunan di sana pada Sabtu ini.

"Pihak pengurusan telah memberi tindak balas kepada jawatankuasa penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat bahawa permohonan untuk menggunakan Stadium Merdeka telah diluluskan," menurut 'tweet' Ahli Parlimen Batu, Tian Chua Rabu.

Beliau adalah sebahagian daripada jawatankuasa penganjur untuk perhimpunan tersebut.

Jawatankuasa itu telah mengemukakan permohonan kepada pihak pengurusan pada 26 Disember lalu.

Dalam pada itu dalam satu sidang akhbar bagi mengumumkan keputusan tersebut, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, tiada terma dan syarat yang diberikan oleh pihak stadium melainkan mereka diminta mengemukakan deposit sebanyak RM75,000.

PR kata Mohamad Sabu akan membayar deposit tersebut pada pagi Khamis.

Sehubungan dengan itu, Mohamad juga memaklumkan yang sayap pemuda PAS, PKR dan DAP serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan akan menganjurkan perhimpunan yang berasingan pada malam sebelum itu di Petaling Jaya dan juga di Kuala Lumpur.

Ditanya apakah mereka akan berarak menuju ke stadium berkenaan Sabtu ini, Mohamad dengan selamba menjawab yang mereka akan 'berjalan' dan bukannya 'berarak'.

Katanya, kedua-dua pihak stadium dan juga pihak polis tidak menghalang mereka daripada menaikkan sepanduk atau pemidang di dalam stadium berkenaan.

Chua pula berkata, polis telah memaklumkan kepada mereka yang tiada sekatan jalan raya akan dilakukan sepanjang hari perhimpunan berkenaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan