Penganjur Perhimpunan Harus Pastikan Tiada Rusuhan - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Selasa berkata pakatan pembangkang harus memastikan perhimpunan yang dicadang dianjurkan mereka Sabtu ini tidak bertukar menjadi rusuhan.

Mereka patut memohon kepada Stadium Nasional Bukit Jalil jika ingin menganjurkan perhimpunan di situ dan memastikan kapasiti yang ditetapkan, dipatuhi, katanya.

Beliau berkata semua pihak harus memastikan perhimpunan itu tidak mencetuskan rusuhan seperti yang berlaku semasa perhimpunan Bersih tahun lepas.

Dalam hal ini Hishammuddin berharap pihak penganjur mengadakan perjumpaan dengan polis mengenai langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.

"Saya cukup yakin bahawa Ketua Polis Negara telah memantau keadaan ini dan boleh memastikan apa yang kita bimbang tidak akan berulang. Yang penting sekarang kita belajar daripada apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih dahulu di mana berlakunya huru-hara dan rusuhan jalanan," katanya kepada pemberita di sini, selepas majlis taklimat persediaan Barisan Nasional menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Majlis taklimat itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hishammuddin mengingatkan bahawa jika perhimpunan yang dicadangkan, maka peserta patut berhimpun di dalam stadium dan tidak keluar berarak beramai-ramai.

"Ketenteraman awam mesti ditekankan. Saya percaya majoriti rakyat Malaysia memahami dan mahukan hak mereka terhadap ketenteraman dan keamanan dipelihara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan