Pemimpin Ajaran Sesat Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Banglo milik pemimpin ajaran sesat di Jasin. Polis melakukan serbuan selepas beberapa minggu melakukan intipan.
Banglo milik pemimpin ajaran sesat di Jasin. Polis melakukan serbuan selepas beberapa minggu melakukan intipan.

MELAKA: Ahli-ahlinya mendakwa mereka sebagai 'pejuang soleh dan tentera kebenaran' bagi membentuk nilai moral yang tinggi di kalangan manusia.

Walau bagaimanapun, dalam serbuan polis selepas beberapa minggu melakukan pemantauan terhadap rumah pemimpin mereka yang disyaki menyebarkan ajaran sesat di Kampung Chabau, Simpang Bekoh di Jasin, polis menemui banyak barangan mencurigakan.

Sebuah stor di belakang banglo dijadikan tempat penyimpanan senjata termasuk berpuluh-puluh pedang, keris, kapak, parang, 308 bilah busur dan anak panah, lembing, 23 unit kanister yang dipenuhi serbuk bedil dan beberapa senapang palsu.

Polis yang diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Supt P. R. Gunarajan bersama 16 anggota turut merampas sebuah komputer riba, ubat-ubatan dan krim antiseptik yang digunakan untuk merawat kecederaan, topeng gas, peralatan perkhemahan yang digunakan oleh tentera semasa operasi, jaket, sarung tangan, tali dan topi tentera semasa serbuan pada Sabtu lalu.

Pihak polis menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang digambarkan penduduk kampung sebagai 'imam' serta memiliki kuasa mistik.

Difahamkan lelaki yang bekerja sendiri itu tidak menentang ketika ditangkap malah membawa polis ke stor tempat menyimpan senjata berkenaan.

Dia kini ditahan reman.

Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Datuk Chuah Ghee Lye mengesahkan penangkapan itu namun enggan mengulas lanjut sama ada suspek mengetuai sebuah ajaran sesat atau dikaitkan dengan mana-mana kumpulan militan.

"Masih awal untuk saya ulas kerana siasatan masih dijalankan," katanya.

Rumah suspek, dengan gerbang di bahagian atas pintu utama dan dikelilingi dinding konkrit terletak di jalan utama menuju ke bandar-bandar berdekatan Simpang Bekok dan Nyalas.

Tinjauan pada Selasa mendapati kerja-kerja pembinaan masih dijalankan di luar rumah dan kumpulan pekerja berkenaan seperti tidak mengetahui mengenai kejadian penangkapan itu.

"Kami hanya pekerja di sini, anda kena tanya kepada penduduk kampung," kata salah seorang daripada mereka apabila ditanya mengenai pemilik banglo berkenaan.

Penduduk kampung yang ditemui juga enggan mengulas mengenai pemimpin kumpulan itu.

Bagaimanapun seorang lelaki mendakwa 'senjata suci' yang disimpan 'imam' boleh terbang dengan sendirinya apabila diarahkan 'untuk melawan musuh-musuh manusia'.

"Kami tidak mahu mengulas apa-apa mengenai imam. Dia adalah bomoh dan akan tahu apa yang saya beritahu anda," katanya.

"Tapi ia bukan bermaksud kami tidak mahu membantu anda," kata seorang lagi penduduk apabila ditanya sama ada dia mengetahui mengenai aktiviti-aktiviti di dalam rumah tersebut.

Seorang ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Chabau yang enggan namanya disiarkan berkata rumah berkenaan sering dikunjungi oleh kumpulan yang terdiri sehingga 30 orang pada satu-satu masa.

"Seperti yang saya dengar, imam bersiap sedia untuk berperang dengan musuh-musuh manusia semasa kiamat.

"Tetapi saya tidak tahu sama ada pengikutnya dilatih untuk menggunakan senjata ataupun tidak," katanya.

Katanya lagi, lelaki berkenaan tidak bergaul dengan orang ramia sebaliknya hanya bercakap kepada pengikutnya.

"Di luar rumah, dia hanya boleh dilihat pergi ke kedai runcit.

"Kami tidak bagaimana dia memperoleh sumber kewangan untuk membina rumah," katanya.

iklan

iklan

Produk Berkaitan

Iklan