Mama: Risiko Tinggalkan Kanak-kanak, Warga Emas

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majikan diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika mengambil pembantu rumah warga Indonesia untuk menjaga kanak-kanak atau warga emas sekiranya mereka tidak terlatih.

Persatuan Pembantu Rumah Majikan Malaysia (Mama) berkata, majikan perlu memeriksa sijil latihan pembantu rumah sebelum mengambil mereka.

"Ia mungkin berisiko untuk meninggalkan kanak-kanak atau warga tua dengan pembantu rumah yang tidak dilatih secara khusus untuk menjaga mereka," kata Presidennya, Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein.

Beliau berkara demikian bagi mengulas mengenai laporan muka depan akhbar The Star pada Selasa bahawa majikan yang memerlukan pembantu rumah untuk menjaga anak-anak kecil atau warga emas akan diberi keutamaan apabila bekalan pembantu rumah Indonesia tiba ke negara ini.

Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) berkata kumpulan pertama pekerja domestik akan tiba dengan yuran pengambilan baru sebanyak RM6,700 dijangka tiba selepas Mac depan.

Engku Ahmad berkata, pihak berkuasa Indonesia tidak gembira dengan majikan di Malaysia yang menggajikan pekerja mereka sebagai pengasuh kanak-kanak dan warga tua.

"Pembantu rumah mereka dilatih untuk melaksanakan kerja-kerja rumah seperti memasak dan pembersihan.

"Bagaimanapun kita faham bahawa ramai keluarga di Malaysia berada dalam terdesak dan memerlukan bantuan," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan