Fasa Pertama Projek Battersea Power Station Bernilai £8 Bilion

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemandangan tapak fasa pertama (Circus West at Battersea Power Station) yang sedang dibangunkan oleh Battersea Power Station Development Company Limited (BPSDC) syarikat usahasama SP Setia Bhd, Sime Darby Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di London. -fotoBERNAMA
Pemandangan tapak fasa pertama (Circus West at Battersea Power Station) yang sedang dibangunkan oleh Battersea Power Station Development Company Limited (BPSDC) syarikat usahasama SP Setia Bhd, Sime Darby Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di London. -fotoBERNAMA

LONDON: Konsortium usaha sama Malaysia bagi projek Battersea Power Station bernilai £8 bilion melancarkan program jualan UK bagi fasa pertama pembangunan ikonik itu pada Selasa.

Konsortium itu dianggotai oleh SP Setia Bhd, Sime Darby dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Fasa pertama projek itu yang dinamakan Circus West mempunyai nilai pembangunan kasar £900 juta.

Ia gabungan 800 unit terdiri daripada pangsapuri, rumah bandar dan emper satu, dua dan tiga bilik tidur serta gabungan pejabat, kedai dan kemudahan liburan dan hospitaliti.

Harga bermula daripada £338,000 bagi pangsapuri studio; £423,000 bagi pangsapuri satu bilik tidur, £613,000 bagi pangsapuri dua bilik tidur dan £894,000 bagi pangsapuri tiga bilik tidur; dan £6 juta bagi unit emper, dengan penghunian pertama dijangkakan pada 2016.

Pengurus Projek Battersea Power Station Development Co. Rob Tincknell berkata program jualan UK itu akan disusuli dengan pameran jualan di seluruh dunia pada minggu-minggu akan datang.

Beliau berkata program jualan Malaysia akan diadakan di Setia International Centre, Kuala Lumpur pada 12 Januari diikuti oleh Singapura dan Hong Kong.

"Saya yakin projek ini akan mendapat sambutan baik dan semua orang di seluruh dunia akan mendapat peluang untuk membeli," katanya pada sidang akhbar di sini.

Tincknell berkata kerja pembinaan fasa pertama yang terdiri daripada lapan bangunan teras telahpun bermula, dengan pembinaan dijangka bermula pada separuh kedua 2013.

"Ini akan serentak dengan permulaan pengubahsuaian stesen kuasa Grade 11, bangunan batu bata terbesar di Eropah dan satu daripada contoh seni bina art deco utama yang masih lagi kekal.

"Fasa pertama pembangunan dijangka siap pada 2016," katanya.

Circus West di Battersea Power Station, terletak di bahagian Barat stesen kuasa itu, akan menjadi satu komuniti baharu di mana orang datang untuk tinggal, bekerja, bersosial dan berlibur di situ, kata Tincknell.

Beliau berkata London borough of Wandsworth memberikan kebenaran perancangan terperinci bagi Fasa Pertama pembangunan Battersea Power Station pada 13 Disember, 2012.

Ini diikuti Autumn Statement pada 5 Dis, 2012, di mana Chancellor of the Exchequer mengesahkan sokongan kerajaan UK bagi pinjaman £1 bilion dan jaminan untuk melanjutkan Northern Line ke Nine Elms dan Battersea Power Station.

Tapak ini terdiri 57 peratus komponen komersil dan 43 peratus komponen kediaman menyediakan bahagian besar ruang awam terbuka termasuk taman tepi sungai baharu yang akan menyediakan akses terus ke Battersea Park dan Chelsea menerusi laluan sungai baharu bersebelahan River Thames Walk sedia ada.

Selain komponen kediaman, ia akan memiliki galeri seni, kedai reka bentuk Power Station, kedai kopi bebas, teater butik, studio perniagaan kreatif, gimnasium, kolam renang dalam bangunan serta spa kesihatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan