BN Pulau Pinang Mahu Lim Beri Penjelasan Belanjawan Defisit

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberikan penjelasan mengenai belanjawan negeri yang terus mencatatkan defisit tinggi.

Ketua Pemuda MCA negeri, Tan Hing Teik berkata ini kerana terdapat dakwaan bahawa keadaan itu berlaku kerana pentadbiran kerajaan negeri memboros wang rakyat dan kurang efisien.

Kerajaan negeri pimpinan DAP telah mencatatkan defisit sebanyak RM210 juta pada 2012 dan defisit RM260 juta diunjurkan untuk tahun ini dan keadaan itu amat merisaukan, katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

"Pemuda BN negeri menggesa Ketua Menteri Lim Guan Eng memberi fokus kepada ekonomi negeri dan mengawal defisit belanjawan yang semakin meningkat.

"Apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) memimpin Pulau Pinang sejak 10 tahun dulu, kerajaan negeri tidak pernah mengalami defisit yang begitu tinggi," katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan negeri memberi penjelasan mengenai dana rizab negeri.

Ditanya kerajaan negeri telah mencatatkan lebihan belanjawan pada 2012, Tan mendakwa kerajaan negeri mendapat dana kerana telah menjual tanah-tanah negeri. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan