Anggota Bertanggungjawab Kes Tahanan Lolos Dipercayai Cuai - Ketua Polis

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TASEK GELUGOR: Empat anggota polis yang bertanggungjawab dalam kes sembilan tahanan meloloskan diri daripada kawalan mereka kini ditahan kerja bagi siasatan berlakunya kecuaian tugas.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, hasil siasatan awal mendapati ada unsur kecuaian anggota polis dalam kejadian itu dan anggota terlibat mungkin dikenakan tindakan tatatertib.

"Kita dapati anggota bertugas tidak mengikut peraturan yang sepatutnya dan ada kecuaian berlaku hingga menyebabkan tahanan reman terbabit meloloskan diri," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Pada kejadian pukul 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth telah melarikan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring mereka.

Dua daripada penjenayah itu diberkas semula setelah polis menemui van berkenaan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor, manakala tujuh lagi dipercayai melarikan diri ke sekitar kawasan ladang sawit di Ara Kuda di sini.

Mengenai perkembangan terbaru operasi memburu penjenayah itu, Abdul Rahim berkata, pihaknya telah memperoleh petunjuk baru mengenai lokasi persembunyian mereka dan yakin dapat menahan empat daripada mereka dalam masa terdekat.

"Polis kini giat memburu dan mengesan semua suspek terbabit selepas mendapat petunjuk baru berhubung kejadian berkenaan, tetapi saya tidak boleh dedahkannya (petunjuk baru) kerana bimbang akan menjejaskan siasatan," katanya.

Katanya, polis percaya tujuh tahanan terbabit masih berada di kawasan mereka dilaporkan melarikan diri, iaitu sekitar Tasek Gelugor di sini.

"Kita yakin mereka masih berada di kawasan terbabit dan tidak sempat keluar dari Pulau Pinang berikutan kawalan ketat di semua jalan dan kawasan sempadan dan secara taktikalnya kita percaya dapat menahan mereka dalam tempoh terdekat ini," katanya.

Pada Selasa, polis menubuhkan satu pasukan khas memburu penjenayah terbabit terdiri 250 anggota termasuk dari Unit Udara Ibu Pejabat Polis Bukit Aman diketuai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan