Akar Umbi DAP Mahu Pilihan Raya Baru CEC

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pengerusi cawangan DAP menggesa parti itu agar membatalkan keputusan pilihan raya Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bulan lalu dan menggesa agar diadakan pemilihan semula.

Pengerusi DAP Cawangan Taman Chi Lung Indah, K. Yogasigamany berkata bahawa pilihan raya baru perlu diadakan bagi memulihkan integriti dan keyakinan awam terhadap parti itu.

"Jika tidak ia akan menimbulkan persepsi orang ramai bahawa berlaku penipuan dan manipulasi dalam pemilihan parti semata-mata untuk meletakkan Melayu dalam CEC.

"Perkara ini akan menjejaskan imej, reputasi dan kredibiliti parti," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Yogasigamany yang mendakwa mewakili 10 cawangan lain berkata, mereka menerima banyak panggilan daripada ahli-ahli berikutan pengumuman pindaan keputusan pilihan raya CEC.

"Ahli-ahli hanya datang kepada kami kerana mereka tidak mempunyai akses kepada kepimpinan parti. Kami abertanggungjawab kepada mereka, "katanya.

Media baru-baru ini melaporkan bahawa DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC yang diumum 15 Disember tahun lalu dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini berada pada kedudukan 20.

Selain itu Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan