TPM Thailand Tiba Untuk Lawatan Tiga Hari Ke Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 8 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Dr Chalerm Yoobamrung (depan kiri) disambut oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memulakan lawatan kerja tiga hari ke Malaysia di sini, malam Selasa. -fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Thailand, Dr Chalerm Yoobamrung (depan kiri) disambut oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memulakan lawatan kerja tiga hari ke Malaysia di sini, malam Selasa. -fotoBERNAMA

SEPANG: Timbalan Perdana Menteri Thailand Dr Chalerm Yoobamrung tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini bagi mengadakan lawatan kerja tiga hari ke negara ini.

Ketibaan beliau serta delegasi pada 7.35 malam disambut Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot.

Sempena lawatan itu beliau dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, selain mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di Putrajaya.

Sementara itu, Kementerian Luar dalam kenyataan pada Selasa menyebut bahawa lawatan itu akan memberi peluang kepada kedua-dua negara memperkasakan kerjasama dalam sektor yang boleh mendatangkan manfaat bersama, termasuk peningkatan kesalinghubungan serta pembangunan sosioekonomi bagi penduduk di persempadanan antara Malaysia dan Thailand.

"Sebagai negara jiran terdekat dan rakan dalam Asean, Malaysia dan Thailand terus mengambil langkah untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama yang sedia akrab terjalin dalam pelbagai bidang," kata kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan