Terus Sokong Kerajaan Sedia Ada Bagi Menentukan Hala Tuju Negara - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 8 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JEMPOL: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa mengingatkan rakyat betapa perlu dan pentingnya untuk terus menyokong dan mendukung usaha yang dilakukan kerajaan sedia ada bagi menentukan hala tuju sebenar negara.

Beliau berkata hasil pimpinan dan dasar-dasar yang dibawa kerajaan, rakyat Malaysia hari ini menikmati pelbagai kebaikan termasuk hidup dalam negara yang aman dan tenteram selain keadaan ekonomi yang baik.

Berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Padang Awam Bahau di sini, beliau berkata walaupun keamanan yang dikecapi mungkin dianggap ringan bagi sesetengah pihak, namun ia sebenarnya suatu yang sukar dicapai dan hanya dinikmati menerusi dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mewujudkan kerjasama dan perpaduan antara kaum.

"Lahirnya kerjasama dan persefahaman antara kaum di negara ini di bawah dasar kerajaan sedia ada, negara kita telah kekal aman selamat untuk selama lebih 55 tahun (merdeka) ini," katanya yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini.

Muhyiddin berkata dasar dilaksanakan kerajaan untuk membangunkan ekonomi terbukti berjaya dengan Malaysia kini diiktiraf antara negara di dunia yang ekonominya paling pesat berkembang .

Katanya, pendapatan perkapita rakyat juga semakin meningkat dengan ketika ini mencecah USD9,700 dan dijangka meningkat sehingga USD15,000 menjelang 2020.

Beliau berkata sokongan berterusan rakyat juga penting bagi menentukan segala yang telah dibina sejak merdeka seperti institusi kehakiman, Polis Diraja Malaysia dan institusi pilihan raya dapat dipertahankan dan tidak diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

Asas negara ini yang dibina atas sokongan dan dukungan rakyat yang selama ini faham dasar kerajaan mesti diteruskan, katanya dan menurutnya ia penting kerana menjelang pilihan raya akan datang, banyak fitnah dan dakyah yang akan dilemparkan pembangkang untuk menidakkan segala usaha kerajaan dan mahu melihat segala yang dibina kerajaan BN gagal.

"Baru-baru ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman YouTube, cakap Malaysia muflis, tapi ini suatu pembohongan yang dilemparkan kerana Malaysia tidak muflis.

"Kita mempunyai sumber-sumber yang cukup dan yang terkini Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menyebut tahun lalu kita mengumpul jumlah cukai yang amat tinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini iaitu lebih kurang RM125 bilion, jadi sebab itu negara kita bukan hanya tidak bankrap tapi ada dana yang amat banyak," katanya.

Justeru, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno mengingatkan rakyat untuk sentiasa berhati-hati terhadap fitnah pembangkang terutama menjelang pilihan raya umum akan datang agar tidak mudah terpengaruh.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 15,000 orang itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM4.1 juta bagi pembangunan infrastruktur di kawasan Parlimen Jempol.

Kemudiannya pada majlis minum petang bersama penjaja dan masyarakat, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM3.5 juta untuk pembangunan semula pusat penjaja Bahau. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan