Singapura Catat Sejarah Baru Lantik Speaker Wanita Yang Pertama

Diterbitkan: Selasa, 8 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Halimah Yacob
Halimah Yacob

SINGAPURA: Satu sejarah baru akan tercipta di sini tidak lama lagi apabila seorang pemimpin dari kalangan wanita Islam akan dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baru.

Pelantikan Halimah Yacob ke jawatan itu diumumkan oleh pejabat Perdana Menteri pada Selasa.

Beliau yang merupakan Menteri Dalam Negara Untuk Kementerian Pembangunan Komuniti, Belia dan Sukan akan mengantikan Michael Palmer, 44, yang terpaksa melepaskan jawatan itu selepas skandal perhubungan sulitnya dengan seorang kakitangan komuniti terdedah bulan lalu.

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong sendiri akan mencalonkan Halimah Yacob, 58 ke jawatan baru itu.

Parlimen Singapura akan bersidang Isnin depan.

Dengan pelantikan itu Halimah akan mencatat sejarah sebagai speaker wanita Singapura yang pertama.

Halimah, adalah seorang yang sangat berpengalaman dalam pergerakan buruh, kerja-kerja sosial dan juga bertanggungjawab dalam membentuk polisi pembangunan komuniti di negara itu.

Parlimen Singapura mempunyai 87 kerusi yang sebahagian besarnya dikuasai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah sejak negara itu mencapai kemerdekaan pada tahun 1959.

Hanya terdapat enam kerusi yang mewakili pembangkang dalam parlimen Singapura.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan