PRU-13: TI-M Tolak Tawaran SPR Jadi Pemerhati - Berita Semasa | mStar

PRU-13: TI-M Tolak Tawaran SPR Jadi Pemerhati

Diterbitkan: Selasa, 8 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Transparency International Malaysia (TI-M) menolak pelawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjadi salah satu daripada lima pemerhati tempatan pada pilihan raya umum akan datang berikutan beberapa syarat-syarat yang ditetapkan.

Menerusi satu kenyataan pada Isnin TI-M berkata, selain terma yang ditetapkan, penolakan itu juga kerana pihak mereka percaya bahawa satu lagi kumpulan iaitu Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel) perlu terlibat sebagai pemerhati.

"Bagaimanapun TI-M bersedia untuk terus melibatkan diri dengan SPR terutama berkaitan reformasi pelbagai undang-undang yang berkaitan dengan pilihan raya," kata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Selain TI-M, NGO lain yang dijemput oleh SPR untuk menjadi pemerhati tempatan ialah Merdeka Centre, Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham), Pusat Kajian Dasar Awam, (CPPS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Keputusan TI-M itu bagaimanapun menerima reaksi negatif daripada Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan.

Beliau mempersoalkan keputusan TI-M menarik diri terutamanya selepas semua NGO terlibat bersetuju mengenai terma dan syarat yang ditetapkan pada pertemuan terakhir bersama SPR.

Wan Saiful menegaskan semua NGO termasuk TI-M sudah mengadakan rundingan selama beberaa bulan dengan SPR untuk memastikan peraturan yang dikenakan terhadap pemerhati selari dengan piawaian antarabangsa.

"Jika TI-M mempunyai apa-apa pertikaian, kenapa tidak dibangkitkan kepada SPR apabila kita sedang duduk bersemuka?" kata Wan Saiful.

Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata keputusan TI-M tidak akan menjejaskan rancangan untuk mempunyai pemerhati tempatan kerana semua NGO lain telah menerima tawaran SPR secara bertulis.

Wan Ahmad juga berkata tidak ada keperluan untuk mengenal pasti kumpulan yang lain bagi mengisi kedudukan TI-M.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan