Perokok Tidak Dilantik Anggota PBT Kelantan - Nik Aziz

Diterbitkan: Selasa, 8 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan tidak akan melantik individu yang merokok bagi mengisi jawatan anggota majlis daerah atau pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata langkah itu sebagai salah satu usaha mendisiplinkan pemimpin dalam sesebuah agensi kerajaan negeri di bawah pentadbirannya.

"Sebagaimana parti (PAS) sebelum ini tidak memilih calon mereka yang merokok, kita (kerajaan negeri) juga tidak akan pilih ahli majlis daerah atau anggota PBT yang merokok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan watikah pelantikan anggota PBT dari seluruh negeri ini di sini, Selasa.

"Bagi saya tidak pilih mana-mana ahli majlis daerah yang merokok sebagaimana juga calon pilihan raya,...lainlah kalau saya tak tahu," katanya.

Nik Abdul Aziz dalam ucapannya sebelum itu menegur sesetengah penyokong dan pemimpin Pas yang menghisap rokok di khalayak umum sambil memakai ketayap (kopiah) dan berimejkan orang Islam.

"Mereka ini seolah-olah berlagak seperti seseorang yang mempunyai pistol menunjuk-nunjukkan kepada khalayak umum walaupun mempunyai lesen," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan