Pembangkang Gagal Serah Memo Desak Pengurusan Stadium Merdeka Keluar Surat Kebenaran Berhimpun

Diterbitkan: Selasa, 8 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dari kiri, Adib Ishar, Khairul Faizi dan Julailey menunjukkan memorandum desakan yang sepatutnya diserahkan kepada pengurusan Stadium Merdeka pada Isnin di pejabat pengurusan stadium di bangunan PNB, Kuala Lumpur. Foto IZRA RAHMAN
Dari kiri, Adib Ishar, Khairul Faizi dan Julailey menunjukkan memorandum desakan yang sepatutnya diserahkan kepada pengurusan Stadium Merdeka pada Isnin di pejabat pengurusan stadium di bangunan PNB, Kuala Lumpur. Foto IZRA RAHMAN

KUALA LUMPUR: Usaha pembangkang untuk mendapatkan kebenaran mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka pada 12 Januari ini atau sekurang-kurangnya mengetahui status permohonan mereka tidak berhasil apabila mereka gagal bertemu pihak pengurusan stadium.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata pihaknya gagal bertemu wakil pengurusan Stadium Merdeka seperti yang dirancang pada Isnin dan tidak dapat menyerahkan memorandum desakan.

"Kita telah maklumkan secara lisan untuk bertemu dengan pengurusan Stadium Merdeka tetapi setelah sejam menunggu mereka kata tak boleh hantar wakil walaupun kerani atau pembantu peribadi (pengerusi).

"Bagi kami ini satu sikap yang tidak baik yang ditunjukkan pihak pengurusan walaupun mereka berjanji pengerusinya akan turun dan sebagai badan profesional melayan tetamu bukan begini caranya," katanya kepada pemberita di perkarangan bangunan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dekat sini.

Hadir sama Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Julailey Jemadi dan Setiausaha Kerja Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) Adib Ishar.

Khairul Faizi berkata. walaupun berdukacita dengan situasi ini pihaknya akan terus mendesak agar pengurusan stadium mengeluarkan surat kebenaran untuk mereka berhimpun.

Katanya, tidak ada sebab mereka menolak permohonan yang dibuat kerana perhimpunan yang dirancang telah mendapat kelulusan daripada pihak keselamatan.

"Kita telah mendapat respons yang baik daripada pihak polis...kenapa mesti mereka lengah-lengahkan kebenaran tersebut.

"Kita bimbang keputusan pada saat akhir akan menimbulkan tekanan atau provokasi yang menggagalkan perhimpunan," katanya.

Sementara itu, Julailey berkata, perhimpunan akan tetap diteruskan seperti yang dijadualkan walaupun status permohonan menggunakan Stadium Merdeka masih belum diketahui.

Katanya, selagi tidak mendapat jawapan daripada pengurusan stadium desakan akan terus dibuat.

"Kita akan buat desakan pasa petang ini, pagi esok, petang esok, lusa dan sampai bila-bila untuk pastikan permohonan diterima.

"Kalau tidak terima kita akan desak mereka beri tawaran yang terbaik untuk perhimpunan 12 Januari ini.

"Perhimpunan akan tetap diteruskan. Pilihan pertama kami di Stadium Merdeka, kedua Stadium Merdeka dan ketiga Stadium Merdeka," tegasnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, memorandum desakan yang sepatutnya diserahkan kepada pejabat pengurusan stadium di bangunan PNB adalah sebagai lanjutan dan tuntutan jawapan terhadap surat permohonan terdahulu yang dihantar pada 26 Disember lalu.

Surat berkenaan dihantar kepada Pengarah Operasi Stadium Merdeka Ibrahim Awang.

Ditanya kemungkinan perhimpunan akan bertukar menjadi perhimpunan jalanan sekiranya permohonan ditolak beliau berkata ia akan ditentukan oleh pimpinan tertinggi PR pusat yang akan bermesyuarat pada Selasa.

Pada 2 Januari lalu pihak sekretariat telah menghantar surat kepada Ketua Polis Dang Wangi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bagi mengadakan pertemuan antara pemimpin-pemimpin PR dan polis mengenai keselamatan perhimpunan.

Pengarah Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu berjanji himpunan ini akan menjadi himpunan paling aman yang menyasarkan kehadiran sejuta rakyat.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan