Pekerja Asing Wajar Bayar Levi Sendiri - MEF

Diterbitkan: Selasa, 8 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) meminta kerajaan menetapkan supaya levi pekerja asing kembali dibayar oleh mereka dan bukannya majikan.

Ini kerana peningkatan kos yang tinggi berikutan pelaksaaan gaji minimun di negara ini, kata Pengarah Eksekutif MEF Shamsuddin Bardan dalam kenyataan di sini, Isnin.

"Kos tambahan kepada majikan untuk melaksanakan dasar gaji minimum negara ialah sekitar RM8.4 bilion setiap tahun. Untuk melegakan beban besar ini, MEF mencadangkan pekerja asing sendiri dikehendaki membayar levi mereka, tidak lagi oleh majikan," katanya.

Shamsuddin berkata levi berkenaan, yang selama ini dibayar oleh majikan sejak April 2009 berjumlah kira-kira RM2.5 bilion setiap tahun, sebenarnya adalah sebagai cukai pendapatan pekerja berkenaan.

"Jadi, adalah bertepatan sekali pekerja asing sendiri membayar levi mereka. Majoriti pekerja membayar cukai pendapatan mereka dan hanya sebilangan kecil diberi keistimewaan cukai pendapatan dibayar oleh majikan mereka," katanya.

Beliau berkata pada masa ini majikan dikehendaki membayar tambahan kos untuk tempat tinggal, pengangkutan dan menyediakan kemudahan percuma seperti bekalan elektrik dan air, menjadikan pekerja asing memperoleh faedah yang lebih banyak berbanding pekerja tempatan.

Shamsuddin berkata MEF dalam banyak perbincangan sebelum ini telah mengingatkan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam bahawa dasar gaji minimum negara akan menimbulkan ketidakseimbangan dalam segi pendapatan pekerja tempatan berbanding rakan sekerja mereka dari negara asing.

"MEF banyak kali membangkitkan perkara ini kepada Menteri Sumber Manusia tahun lepas, kali terakhir ialah pada 20 Disember pada mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Negara (NLAC).

"Semasa perbincangan pada mesyuarat itu, MEF juga mencadangkan supaya kos penyediaan kemudahan itu dianggap sebagai sebahagian daripada gaji minimum negara supaya kenaikan kos yang mendadak tidak terlalu besar untuk ditanggung majikan," katanya.

Shamsuddin berkata MEF berharap kerajaan akan menimbangkan cadangan itu secara serius dan bertindak dengan kadar segera untuk mengelak majikan daripada menghadapi kesulitan.

Kerajaan menetapkan gaji minimum RM900 sebulan di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak mulai 1 Januari. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan