LIMA 2013 Buka Peluang Perniagaan Serantau

Diterbitkan: Selasa, 8 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi 2013 (LIMA 2013) yang akan diadakan pada 26 hingga 30 Mac, bakal menjadi pentas terbaik membuka lebih banyak peluang perniagaan serantau.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin penganjuran LIMA 2013 berpotensi menjadi pintu masuk utama kepada pasaran pertahanan dan komersil serantau pada masa depan.

"Ia merupakan peluang terbaik bagi LIMA untuk menaikkan martabat penganjuran acara nasional ini memandangkan Asean dan Asia secara amnya merupakan kawasan pertumbuhan tinggi bagi sektor maritim dan aeroangkasa sedunia," katanya selepas menyaksikan penyerahan replika kunci kenderaan dan replika cek penajaan rasmi LIMA 2013 di Dataran Wisma Pertahanan, di sini, Selasa.

LIMA 2013 akan diadakan di Dewan Antarabangsa Mahsuri dan Awana Porto Malai, Langkawi. Ia dibuka kepada orang awam dengan bayaran RM10 dan percuma untuk kanak-kanak.

Peralatan dan pesawat canggih seperti pesawat pejuang, helikopter, kapal terbang komersil, kapal dan bot komersil adalah antara tarikan utama LIMA selain daripada aset ketenteraan yang secara tradisionalnya dipamerkan.

Zahid berkata pameran kali ini akan turut memberi peluang pekerjaan dan meningkatkan kemahiran anak tempatan dalam industri aeroangkasa dan maritim, katanya.

"LIMA menyediakan pameran kerjaya kepada IPTA dan IPTS untuk mendedahkan bakal-bakal graduan tentang industri aeroangkasa dan maritim," katanya, sambil menambah LIMA yang akan diadakan pada musim cuti sekolah akan menarik lebih ramai kanak-kanak untuk menyertai pameran itu.

Katanya dua tahun lepas seramai 307,000 orang berkunjung ke pameran itu dengan jumlah penghasilan daripada pelancong domestik sebanyak RM13 juta.

Terdahulu pada majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan pagi ini, Zahid memakaikan pangkat Kolonel Kehormat kepada Pengarah Urusan Weststar Group Of Companies Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, yang juga Ahli Turut Hadir Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Anggota Dewan Undangan Negeri Slim River, Perak selaku Ahli Turut Hadir Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Negeri Perak, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pula ditauliahkan pangkat Leftenan Kolonel Kehormat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan