Kalimah Allah: Sultan Selangor Kesal Kenyataan Guan Eng

Diterbitkan: Selasa, 8 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sultan Selangor melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini yang menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan kalimah 'Allah' digunakan dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

Berikutan itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah memanggil satu mesyuarat tergempar dengan ahli-ahli Majlis Agama Islam Selangor (Mais), mufti Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 6 Januari lalu berhubung perkara itu.

"Sultan Selangor membuat keputusan dan menetapkan bahawa kalimah Allah adalah perkataan suci yang khusus bagi umat Islam dan dilarang untuk digunakan oleh mana-mana agama bukan Islam di Selangor seperti yang dinyatakan dalam fatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010," kata Setiausaha Mais, Datuk Mohd Misri Idris dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau Sultan Selangor juga telah mengeluarkan fatwa yang sama mengenai penggunaan kalimah 'Allah' tiga tahun lalu apabila isu itu timbul.

"Tuanku kecewa bahawa undang-undang itu dipandang ringan oleh sesetengah pihak dan isu yang sama dibesarkan lagi," katanya.

Mohd Misri berkata Sultan Sharafuddin telah mengarahkan Mais dan Jais untuk mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja, sama ada bukan Islam atau Islam yang mempersoalkan fatwa itu berdasarkan peruntukan undang-undang di Selangor.

Beliau berkata Seksyen 9 Enakmen Bukan Islam 1988 jelas melarang penggunaan kalimah 'Allah' daripada digunakan oleh orang bukan Islam dalam apa-apa jua yang berkaitan dengan agama mereka.

"Mereka boleh didakwa sekiranya melanggar peruntukan ini," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan