Era Pasaran Pembantu Rumah - Berita Semasa | mStar

Era Pasaran Pembantu Rumah

Diterbitkan: Selasa, 8 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Apabila kumpulan majikan kini menghadapi situasi terdesak untuk menggajikan mereka, pembantu rumah kini dilihat mempunyai lebih kelebihan.

Memandangkan situasi terkini lebih sukar untuk mendapatkan pembantu rumah, ramai majikan lebih sanggup untuk bertolak ansur dengan tingkah pembantu rumah mereka sebelum ini.

Bekas majikan Tammy Wong, 40, percaya kini merupakan 'pasaran pembantu rumah' kerana majikan sudah terdesak.

Dia sebelum ini menggunakan khidmat pembantu rumah selama 16 tahun sebelum membuat keputusan untuk berhenti mengambil mereka.

"Sikap pembantu rumah Kemboja saya benar-benar berubah semasa tahun akhir dia dengan kami. Dia pernah memberitahu anak-anak saya supaya memesan pizza kerana dia tidak mahu memasak makan malam," katanya.

Wong berkata ia hanya satu daripada pelbagai insiden lain yang berlaku dengan pembantu rumahnya yang telah meninggalkan pengalaman antara marah dan ketawa.

Kata Wong lagi, pada satu insiden lain, dia terpaksa bergegas pulang ke rumah dari tempat kerja hanya semata-mata mahu meminta pembantu rumahnya untuk mematikan muzik Kemboja yang dimainkan dengan kuat menerusi telefon bimbitnya.

"Tapi dia tetap berdegil! Malah dia kadang-kadang berkeras untuk memasak makan malam sambil memegang telefon bimbit. Bukan itu sahaja, dia juga berkeras mencuci kereta dalam hujan, "katanya.

Ketika ini dilaporkan sekurang-kurangnya 100,000 isi rumah di Malaysia memohon untuk mengambil pembantu rumah dan namun hanya bilangan yang terhad ada dalam tempoh kira-kira tiga bulan.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan