Cuepacs Sasar 80 Peratus Anggota Daftar Skuad Pengguna

Diterbitkan: Selasa, 8 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim menyampaikan Kad Skuad Pengguna kepada Faziah Selamat dari Kementerian Kesihatan (tengah) sambil disaksikan oleh Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman pada majlis penyerahan Kad Skuad Pengguna kepada ahli-ahli Kesatuan Cuepacs Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor di Putrajaya, Selasa. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyasarkan 80 peratus daripada 1.4 juta anggotanya menyertai Skuad Pengguna.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata untuk itu, Cuepacs akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi kefahaman kepada anggotanya mengenai Skuad Pengguna dan menarik mereka menganggotai skuad tersebut.

Jika lebih ramai penjawat awam menyertainya, skuad ini akan lebih berkesan dalam memastikan peniaga menjaga etika serta tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya, katanya kepada pemberita selepas penyerahan kad Skuad Pengguna kepada anggota Cuepacs, di sini Selasa.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Karim yang turut hadir, berkata penglibatan lebih ramai anggota masyarakat, khususnya penjawat awam akan memberi kesan positif kepada penubuhan skuad tersebut.

"Ia juga selari dengan amalan negara maju iaitu tiada campur tangan kerajaan sebaliknya pengguna dan peniaga saling pantau memantau antara satu sama lain," katanya.

Pada majlis itu, kira-kira 10,500 anggota Cuepacs Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor menerima kad Skuad Pengguna mereka.

Skuad Pengguna ditubuhkan pada 22 Mac 2012 dan setakat ini disertai kira-kira 80,000 anggota masyarakat pelbagai peringkat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan