10,000 Tempat Duduk AirAsia Percuma Antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak Mulai Rabu Ini

Diterbitkan: Selasa, 8 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Sebanyak 10,000 tiket AirAsia pergi dan balik secara percuma antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak boleh ditempah bermula Rabu ini bagi penerbangan antara 14 Januari dan 4 Februari.

Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.

Kadar bagasi, hidangan dalam pesawat, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan tambah nilai yang lain turut tidak termasuk dalam tempat duduk percuma.

Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, AirAsia berkata, tawaran itu merupakan sebahagian daripada Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas.

“Kami mempunyai sejumlah 417 penerbangan setiap minggu antara Semenanjung dan Malaysia Timur, dan 62 penerbangan harian yang berlepas dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke lapan destinasi di Sabah dan Sarawak.

“Ini merupakan cara kami untuk menghargai sokongan rakyat, dan ia akan menjadi yang pertama bagi lebih banyak lagi inisiatif daripada AirAsia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar.

Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan untuk penerbangan domestik antara Semenanjung atau antara Malaysia Timur.

Pesawat khas dengan ‘livery’ 1Malaysia telah dilancarkan pada Sabtu lepas bagi memperingati ‘Program Integrasi 1Malaysia bersama AirAsia’.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan